Archive for March, 2009

30
Mar

PSM is still waiting for EC’s approval

Source: The Star

PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) is concerned that if the Election Commission (EC) does not approve its party logo – a fist – it may not be able to contest in any state election.

Founding member Dr Michael Jeyakumar Devaraj said that the EC, in its letter dated Feb 13, had questioned the PSM logo because “it is morally unsuitable” and “has connotations of violence.”

ARTIKEL PENUH (MORE) »

27
Mar

Invite for PSM Dinner at PJ, 9 May 2009

h3. PSM Fighting Fund Dinner

*Jamuan Makan Malam ‘Tabung Perjuangan Rakyat’*

7.30 pm, 9 Mei 2009
Dewan Civic, Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jalan Yong Shook Lin ,Petaling Jaya.

Please get your tickets from/dapatkan tiket anda dari:

PSM Brickfields : 03-22747791
Sdr.Arulchelvan : 019 253 7791 ( KL )
Sdr.Sivarajan : 016- 679 8005 ( PJ ,Shah Alam ,Klang)
Sdr.Ganesan : 013 607 5542 ( Kajang ,Cheras )
Sdr. Sundarajan : 019 652 3636 ( Semenyih )
Sdr.Sevamani : 012 270 2624 ( Negeri Sembilan)

We need your kind support ,
Together we Struggle for a Better World

26
Mar

UMNO has given up its reform agenda!

After the humiliating March 8 election results, there appeared for a short time some sort of remorseful within UMNO and Barisan Nasional. The ruling party then wanted to make some reforms and amends and made some critical decision to win back the confidence of the voters. It appears that the people had punished BN for its 50 years rule, marred with corruption, bad governance, mismanagement and repression. For many component parties within the BN, this was the time to start all over again. It was a time to repent.

ARTIKEL PENUH (MORE) »

25
Mar

Putting my assets on the line

*by Dr Kumar*
*Socialist Parliament Member*

Published in The Nut Graph, 25 March 2009

shot0002

I PERSONALLY find declaring one’s assets, as the Socialist Party of Malaysia (PSM) did at the Selangor Chinese Assembly Hall on 11 Mar 2009, a little embarrassing. Personal income and wealth are normally considered one’s private domain. Most people would consider it intrusive or even downright rude if an acquaintance were to inquire into one’s income and savings.

ARTIKEL PENUH (MORE) »

24
Mar

What is in a symbol? PSM heads to another long battle!

It appears as if the Government made a mistake by giving PSM a license in August last year and after realizing this mistake, they went on to use the “independent” Election Commission to deny PSM to use its symbol for election. The decision by the EC to refer the PSM logo issue back to the Registrar Of Society(ROS) who have earlier given approval to the symbol tantamount to rejecting PSM to stand for election.

ARTIKEL PENUH (MORE) »

22
Mar

Kem anak muda – membenih sosialis masa depan

Kem anak muda PSM tahun ini diadakan di Kem Cinta Alam, Kg Keramat, Sg Siput pada 14-16/03/2009 yang lalu. Pemuda Sosialis dengan kerjasama komrad PSM yang lain telah menganjurkan kem sosialis ini dengan aspirasi membenih semangat sama rata dan hak manusia yang harus dipelihara daripada dieksploitasi oleh kaum penindas.

Kem kita kali ini sangat unik kerana buat kali pertama tiga konsep diperkenalkan iaitu pada hari pertama sesi lebih menumpu kepada pratikaliti ( observasi dan pendengaran) dan diikuti pula dengan sesi pada hari kedua yang lebih menumpu kepad teori dan hari terakhir ditumpukan kepada proses penglibatan anak muda dalam pembentukan Pemuda Sosialis secara keseluruhan. Kumpulan anak muda yang hadir untuk kem ini juga merupakan satu sejarah apabila 8 kumpulan dari hampir semua cawangan PSM di seluruh Malaysia hadir. Mereka terdiri daripada Pemuda Sosialis Sg Siput, Pemuda Alaigal, Pemuda Sosialis Buntong, Pemuda Sosialis Kajang (Ampang dan Kajang), Pemuda Sosialis Subang , Pemuda Sosialis Semenyih, Anak Muda CDC (Bangi, Port Klang, Kg Berembang dan JKMI) serta beberapa penyokong dari luar

Anak muda dari Selangor dan Ipoh mencecah bumi Sg Siput lebih kurang pukul 10.00 pagi dan selepas sedikit taklimat daripada pemuda tuan rumah, ‘kontigen sosialis’ yang merangkumi lebih 100 ini menuju ke kawasan Peneroka Bandar Belakang Shin Chung, Sg Siput. Kawasan ini dipilih sebagai tempat observasi kepada anak muda kita agar mereka melihat sendiri bagaimana penduduk Malaysia tanpa mengira kaum ditindas kerana tahap sosio-ekonomi mereka . Setiap anak muda yang melihat situasi serba kekurangan penduduk di sana melahirkan perasaan sangat marah terhadap pihak kerajaan yang tidak menawarkan tempat tinggal yang sesuai untuk mereka.

Selepas sejam berada di sana, kami menuju ke kuil Ladang Kamiri di mana Jawatankuasa Jerit Ladang Kamiri menjadi tuan rumah untuk kami,dimana kami menjamu makan tengah hari. Kami sampai di Kem Cinta Alam pada pukul lebih kurang 1.30 petang dan pendaftaran dan grouping dilakukan oleh Anak Muda Port Klang dan Alaigal masing-masing. Dewan pula dihiasi dengan banner dari Pemuda Sosialis Semenyih, Sg Siput dan Buntong. Sedikit huraian dan persoalan mengenai lawatan ke tempat masyarakat tertindas dilakukan oleh Komrad Babu. Selepas minum petang, Komrad Karti memberi sesi mengenai Sejarah Masyarakat Tertindas. Antara penerangan komrad Karti ialah bagaimana masyarakat di estet yang dihuni majoritinya masyarakat India dan perkampungan peneroka Melayu mengalami penindasan yang sama dan menegaskan penindasan tidak dilakukan berdasarkan perkauman tetapi melalui pertembungan kelas (majikan –pekerja).

Para peserta menjadi teruja apabila diumumkan bahawa pertandingan futsal akan diadakan berdasarkan kumpulan yang diagihkan dan rami anak muda mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan akhir solidariti antara para fasi dengan anak muda peserta disudahi sehingga ke tendangan penalti dimana kumpulan fasi kalah selepas Komrad Sevan (penyokong Liverpool) gagal menyudahkan tendangan penalti terakhir.

Pada waktu malam pula Komrad Sevan pula memberikan satu sesi pengenalan mengenai anak muda masa kini dengan perbandingan para pejuang kebebasan rakyat seperti Bhagat Singh, Che Guevara, Ching Peng dan sebagainya. Ini diikuti pula dengan tayangan filem perjuangan berjudul ‘Rang De Basanti’. Gambar ini memaparkan bagaimana anak muda masa kini yang dipenuhi kegeraman dan kemarahan yang mereka luahkan melalui kemabukan dan kegembiraan. Filem ini turut memaparkan bagaimana sejarah perjuangan wira kemerdekaan India, Bhagat Singh dan rakan-rakannya telah menjadi idola dan pedoman sekumpulan anak muda untuk menentang penindasan yang berlaku di hadapan mata mereka. Kami juga dihidangi dengan makanan ringan yang dibawa oleh Pemuda Sosialis Buntong. Komrad Arul, Setiausah Agung PSM pula tiba ke kem pada tengah malam untuk memberi sokongan solidariti kepada kami.

Keesokkan harinya, anak muda kita dibangkit seawal pukul 6.00 pagi untuk senaman yang diketuai oleh Komrad Rubben dari PS Sg Siput. Selepas mandi dan sarapan, sesi hari kedua dimulakan oleh Komrad Parames .E dari CDC dan beliau menerangkan konsep ‘Historikal Materialisma’ kepada anak muda kita. Cara komrad ini yang cuba membawa mesej pertembungan kelas amat dikagumi dan beliau telah menyuruh setiap kumpulan melakonkan watak peralihan zaman dari primitif hinggalah ke kapitalisma dan sosialisma.

Komrad Bawani pula menerangkan Sejarah Malaysia yang yang tidak pernah diajar di sekolah. Beliau telah menghuraikan bahawa sejarah ialah tulisan pihak yang menang dan memerintah. Jesteru, anak muda harus mengkaji setiap fakta dan kejadian yang berlaku sebelum mempercayainya. Antara idea yang diberikan ialah kepentingan pergerakan kiri di Malaysia yang membawa kepada kemerdekaan tanahair serta bagaimana penjajah British lebih menyukai elit pemerintahan Barisan Nasional daripada perjuangan nasionalis kiri dan juga perjuangan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya.

Dr. Jeyakumar , Ahli Parlimen PSM di Sungai Siput juga dijemput memebri ucapan ringkas. Beliau mengatakan bahawa isu melawan kapitalis mesti dipikul oleh anak muda. Justeru itu, anak muda harus berhati dalam memilih masadepan supaya mereka akan terus dapat membantu rakyat daripada menjadi sebahagian daripada masalah rakyat.

Selepas makan tengahari, sesi dimulakan dengan permainan GD (group dynamic) dan diikuti pula dengan sesi Anak Muda dan Kapitalisma oleh Komrad Letchumi. Suadari Letchumi telah menerangkan konsep kapitalisma dan bagaimana kelas ini wujud dan mengeksploitasi masyarakat. Selepas itu, komrad telah memberi satu situasi kepada setiap kumpulan dan mereka disuruh untuk melakonkan situasi tersebut. Beliau juga memberi satu bengkel ringkas mengenai dunia yang dibahagi secara tidak adil . Anak muda kita rata-rata telah memahami bagaimana sumber dunia harus dibahagikan sam rata kepada semua penduduk dan bukannya dibolot oleh segelintir masyarakat.

Hujan pada waktu petangnya pula telah merosakkan hasrat penganjur untuk meneruskan permainan futsal dan para peserta disuruh bersiap sedia untuk persembahan kebudayaan yang akan dijalankan pada waktu malam. Sesi selepas makan malam dimulakan oleh Komrad Rani, di mana tiba-tiba beliau menyuruh setiap peserta menlukis satu garis lengkung dari satu hujung ke hujung lain. Komrad Rani berkata garis ini ialah kehidupan anda dan menyuruh kami untuk mengimbas kembali setiap detik yang sangat diingati dan diingat penting. Kemudian, kami disuruh menggariskan apakah yang mahu anda capai untuk jangka masa 15 tahun akan datang. Ramai antara kami terpinggung apabila diarahkan untuk tulis secara jujur. Kemudiannya, surat lukisan itu dilekatkan di penjuru bangunan tersebut. Semua peserta dijemput untuk melihat coretan kami. Ada peserta yang menyatakan akan berkahwin dan mempunyai lima orang anak manakala ada pula yang mahu Berjaya dalam pendidikan dan mendapat jawatan tinggi. Komrad Rani menegaskan tujuan sesi ialah untuk memberi fahaman bahawa kita harus meletakan keutamaan (priority) untuk setiap kejadian dalam tindakan kita termasuk berkahwin pada usia yang matang dan sebagainya.

Malam kebudayaan pula dihiasi dengan persembahan setaiap kumpulan dengan drama, nyanyian, tarian dan persembahan nyanyian rap daripada Ampang Socialist Arts Club (ASAC). Tarian floor pada penghujung malam kebudayaan jelas hebat dengan semua peserta termasuk fasilator menari ‘membuta tuli’.

Hari ketiga dimulakan dengan sesi bertajuk ‘Diskriminasi Kaum’ di mana komrad Babu daripada Pemuda Alaigal menjelaskan penindasan yang berlaku di sekeliling kita bukan disebabkan perbezaan kaum tetapi kelas. Komrad telah menghuraikan bahawa semua manusia adalah sama dan perbezaan nyata antara kita ialah antara pekerja dan majikan. Kemudiannya, sesi disambung oleh Komrad Sivaranjini daripada CDC yang membincangkan perbezaan antara negara kapitalis dan sosialis. Komrad dengan jelas menghuraikan situais ini dengan membezakan dua dunia yang mana satu dipenuhi dengan penindasan pekerja dan diskriminasi kaum serta gender. Manakala dunia yang satu lagi mementingkan hak manusia (baca = pekerja).

Komrad Nagen daripada PSM Sg Siput pula memberi satu sesi pengenalan mengenai Parti Sosialis Malaysia dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Komrad telah menerangkan bagaimana gerakan kiri di Malaysia dihancurkan oleh British dan Barisan Nasional serta menegaskan bahawa Parti Sosialis Malaysia merupakan parti kiri terakhir wujud di Malaysia. JERIT pula merupakan jaringan untuk memobilisasi rakyat menentang penindasan yang wujud.

Sesi terakhir yang dianggap penting ialah peranan anak muda dalam menentang penindasan yang berlaku sekeliling kita. Komrad Karti cuba membawa mesej melalui satu aksi yang perlu dilakukan dan idea yang wujud ialah kempen pendidikan percuma dan setiap kumpulan anak muda disuruh berbincang akan tindakan yang mampu dilakukan. Antara idea yang wujud ialah memberi risalah, kempen tandatangan, mesyuarat nasional untuk menyelaras kempen dan sebagainya. Penganjur mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada anak muda masing-masing membincangkan isu ini dengan lebih jelas.

Akhirnya, evolusi dibuat oleh Komrad Hussein daripada Pemuda Alaigal dan komrad membuat kesimpulan tentang program keseluruhan kem kali ini. Ini diikuti pula oleh sesi ucapan daripada peserta dan fasilator. Komrad Rani memuji kem sosialis ini dan mahu setiap peserta membawa apa yang diajari ke kumpulan masing-masing. Kem disudahi dengan sesi pergambaran dan anak muda mula merasi beban berpisah antara satu sama lain. Perasaan ini sendiri sudah cukup untuk kami merasakan kem ini telah sedikit sebanyak mengeratkan silaturahim antara kumpulan anak muda PSM dari kawasan berlainan.

Pada ketika ada bisikan curang menyatakan mengapa kita perlu menganjurkan kem sosialis nasional, kami di Pemuda Sosialis berpendirian hubungan nasional dan tempatan adalah satu hubungan simbiosis dan kita tidak perlu menjadi Komrad Lenin untuk menyatakan bahawa penyatuan satu kumpulan sedar adalah amat penting dalam menyiapkan diri melawan musuh nyata.

Anak muda PSM sudah memulakan usaha membaja benih-benih yang bertaburan yang pasti menjadi tunjang perjuangan sosialis. Saya menyudahi artikel ini dengan slogan Komrad Che Guevara yang menyatakan perjuangan revolusi tulin didorong oleh perasan cinta yang mendalam.

Salam Revolusi

Karti

Pemuda Sosialis

19
Mar

SPR pertikaikan logo PSM

Hari ini, Parti Sosialis Malaysia yang diketuai oleh Dr. Nasir Hashim telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia kerana keengganan SPR meluluskan logo PSM. Memorandum telah diterima oleh Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Bin Che Ngah. Teks sepenuh memorandum adalah seperti dibawah

*TAN SRI DATO’ SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF*
*PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA*
*19 Mac 2009*

*JANGAN LENGAHKAN MASA DAN DAFTARKAN SIMBOL PSM DENGAN SEGERA*

h3. 1. Pendahuluan

Parti Sosialis Malaysia (Baru) PSM telah mendapat pendaftaran pada 19hb Ogos 2008 dengan nombor pendaftaran 1434-08- SEL dan didaftarkan secara sah dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

Pada 18 September 2008, pihak kami telah memaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang beralamat di Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PUTRAJAYA. Pihak kami juga telah mengemukakan salinan dokumen-dokumen yang diminta oleh pihak SPR iaitu satu salinan sijil Pendaftaran, satu salinan undang-undang pertubuhan, satu salinan Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia bagi 2008/2009 dan 8 salinan logo berwarna Parti Sosialis Malaysia

Disebabkan tidak mendapat sebarang maklumbalas dari pihak SPR, kami telah mengutus surat kedua bertarikh 3 Januari 2009.

Kami kemudian telah menerima satu jawapan dari pihak SPR bertarikh 19 Januari 2009 dimana kami diberitahu bahawa kedudukan permohonan pendaftaran tersebut masih dalam proses kajian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan seandainya pihak KDN telah memutuskan untuk meluluskan permohonan tersebut dan memaklumkan kepada SPR, maka pihak SPR akan mengambil tindakan proaktif untuk mendaftarkan PSM dengan kadar segera.

Kami kemudian telah menghantar satu surat melalui peguam kami, Kesavan Advocates & Solicitors pada 6hb. Februari 2009 meminta penjelasan terperinci.

Kami kemudian mendapat maklumbalas dari pihak SPR bertarikh 13 Februari 2009 dimana dimaklumkan bahawa SPR dalam mesyuarat 14 Oktober 2008 telah membuat keputusan supaya mendapat penjelasan lanjut daripada Pendaftar Pertubuhan berhubung dengan simbol PSM kerana pada pandangan SPR ianya kurang sesuai dari prinsip moral kerana simbolnya bercorak kekerasan dan SPR mempunyai kuasa untuk menolak pendaftaran simbol parti politik mengikut peruntukan Seksyen 16(1) (bb) Akta Pilihanraya 1958.

Kami menghantar memorandum ini kerana tidak puas hati dengan tindakan SPR melengan-lengankan pendaftaran simbol PSM dan memberikan alasan yang tidak kukuh untuk mempertikaikan simbol ini. Tindakan SPR ini secara tidak langsung menyekat hak demokrasi PSM untuk bertanding dalam pilihanraya dan terlibat langsung dalam politik tanahair.

h3. 2. Alasan mempertikaikan simbol PSM tidak kukuh

Kami berpendirian alasan dan tindakan SPR dalam isu ini adalah tidak adil berdasarkan

# Pendaftar Pertubuhan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merupakan pihak utama dan autoriti dalam persoalan pendaftaran sudahpun meluluskan pendaftaran PSM termasuk simbol PSM yang termaktub dalam undang-undang tubuh pertubuhan. Justeru itu adalah amat tidak adil untuk SPR untuk merujuk balik ini kepada Pendaftar pertubuhan atau KDN. SPR seolah-olah mempersoalkan budibicara ROS dan KDN dalam persoalan ini. Kami berpendapat sebagai satu badan bebas, bidang kuasa SPR adalah adminsitrative sahaja untuk mendaftarkan Parti yang telah diluluskan pendaftaran dan bukan mempertikaikan kelulusan tersebut termasuk kelulusan simbol parti PSM.
# Kami juga ingin tegaskan disini bahawa untuk sekian lama pendaftaran PSM tidak diluluskan oleh pihak ROS dan KDN atas alasan menurut mereka, pihak kami tidak mematuhui prosedor ahli 7 negeri dan ancaman keselamatan Negara. Namun demikian, Mahkamah Rayuan dalam kes pendaftaran PSM telah pun mengesahkan dalam penghakimannya bahawa PSM tiada sebarang ancaman kepada keselamatan negara. Tidak pernah sekali alasan simbol PSM dipertikaikan sebagai sebab untuk penolakan PSM.
# Pihak kami telah menggunakan simbol ini untuk sekian lama dan setakat ini tidak ada sebarang aduan dari orang ramai mengenai simbol tersebut dan sehingga ini tidak ada mana-mana pihak yang pernah mempersoalkan simbol ini dari segi moralnya mahupun melabel simbol ini bercorak kekerasan. Kami menganggap persepsi SPR adalah salah dan tidak kukuh untuk melarang kami menggunakan simbol ini.
# Jika simbol gengaman tangan ini boleh dianggap sebagai simbol kekerasan, bagaimana pula dengan simbol keris dan roket yang juga boleh diintepretasi sebagai lambang kekerasan.
# Simbol yang digunakan oleh PSM adalah satu simbol popular perjuangan dan digunakan secara meluas oleh banyak parti sosialis diseluruh dunia. Kami senaraikan dibawah ini sebahagian daripada parti-parti politik di dunia yang menggunakan simbol ini. Mengambil dari Wikipedia, the free encyclopedia yang memberi usul symbol ini iaitu
The fist may represent union (as “many weak fingers can come together to create a strong fist”) and is also used to express solidarity, generally with oppressed peoples. This symbolism may have sprung from usage by trade unions.
# Antara organisasi yang menggunakan simbol ini adalah The International Socialist Organization (ISO) di Amerika Syarikat , Parti Sosialis Pekerja (SWP) di Britain, Socialist Youth Front di Denmark, Socialist International dan The International Brotherhood of Electrical Workers (IBEW)
Tindakan SPR yang tidak memaklumkan kepada kami secara terus dan telus dan dengan serta merta telah menyebabkan kedudukan kami dalam situasi yang “disadvantage” kerana kami tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kecil baru-baru ini dan pada masa depan. Kami berpendapat tindakan ini mendiskriminasi kedudukan kami sebagai parti politik dan menafikan hak demokrasi kami yang terjamin dalam Perlembagaan Negara.
# Andaikata simbol PSM ini adalah satu simbol tidak bermoral dan berunsur kekerasan, sudah pasti rakyat Malaysia akan menolak PSM dalam pilihanraya. Adalah tidak wajar untuk SPR memainkan peranan menafikan hak ini untuk rakyat dan PSM tentukan.

Justeru dengan itu, kami berharap pihak SPR sebagai badan bebas dan berkecuali mendaftaran simbol PSM untuk membolehkan PSM bertanding dalam pilihanraya dan berkecimpung dalam politik tanahair. Sudah sepuluh tahun KDN telah menafikan hak PSM bertanding dalam pilihanraya dan kini setelah didaftarkan, kini SPR pula mencari alasan untuk menafikan hak ini.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar

*Dr. Nasir Hashim*
Pengerusi

*S. Arutchelvan*
Setiausaha Agung

19
Mar

PSM’s clenched fist logo deemed ‘violent’

Malaysiakini, 19 March 2009

Poor PSM! – Obstacles after obstacles the Parti Socialis Malaysia has to face before it could be officially recognised as a political party.

MCPX

The latest hitch is expected to make its recognition more elusive – the authorities are now saying that the party’s logo – a white coloured clenched fist against a red backdrop – has “connotations of violence” and is “morally unsuitable”.

psm red logoThis issue of a ‘violent logo’ has never been brought up in the decade-long PSM-ROS (Registrar of Societies) tussle for registration. Prior to this, PSM was also denied registration from 1998 to 2008 as it was regarded as a threat to national security.

This morning, PSM leaders submitted a memorandum to Election Commission (EC) chairperson Abdul Aziz bin Mohd Yusof to appeal for registration.

According to the memorandum, the party was finally approved by the Home Ministry on August 19, 2008 and registered by the ROS in accordance with the Societies Act 1966.

On September 18, 2008, PSM leaders submitted copies of their registration certificate, party constitution, organisation chart and coloured party logo as required by the EC in order to register as a political party.

When the party did not receive a response from the EC, the documents were re-sent.

On Jan 3 this year, the party was informed that their registration was still being processed by the Home Ministry.

On Feb 13, the EC announced that the registration has been rejected because its logo is "morally unsuitable" and "has connotations of violence".

The commission also stated that it has the discretion to approve or reject the registration of political parties according to the Election Act 1958.

EC’s role questioned

PSM has since questioned the commission’s decision, noting that “the Home Ministry and ROS should be the main authorities in determining the legitimacy of political parties”.

“The role of the EC is purely administrative and it should not interfere with decisions that have been approved by the Home Ministry and ROS. Secondly, the reason given for PSM’s 10-year denial to registration by the Home Ministry was that the party posed a threat to national security.

“In the case of PSM versus the Home Ministry, the Court of Appeal had since held that the party did not pose any security threats to the country.

“However, the party logo was never brought up by the prosecution throughout the duration of its litigation.

“Thirdly, the party has never received any complaints from the public with regards to its ‘violent imagery’."

The memorandum also stated that if a fist could be interpreted as a symbol of aggression, so could a keris or a rocket. In addition, it stated that the fist was a popular symbol used by socialists and socialist organisations all over the world.

According to Wikipedia, "The raised fist may represent union, as ‘many weak fingers can come together to create a strong fist’, and is also used to express solidarity, generally with oppressed peoples. This symbolism may have sprung from usage by trade unions."

In addition, PSM stated that because of the non-registration of the party, its members have not been able to contest in the up-coming elections.

The party viewed this situation as a form of status discrimination that infringed upon the democratic rights of the party as enshrined in the Federal Constitution.  

psm dr nasir hashim uncensored 010808 04Lastly, the memorandum noted, "If truly, the symbol of PSM is perceived to be immoral and violent, then the people of Malaysia will reject it through their votes.

“However, that decision should be made by the voters and not the Election Commission."

PSM, led by Selangor state assemblyperson Dr Nasir Hashim (photo), was founded in 1998 and is the only socialist party in Malaysia. The party also has a member of Parliament in Dr D Jeyakumar who represents Sungai Siput. The two seats were won on PKR tickets in last year’s general election.



    Follow PSM on Twitter

     

    March 2009
    M T W T F S S
    « Feb   Apr »
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    3031