Semenyih- Sekali lagi Calon PSM Dun Semenyih Arul melawat Pasar Semenyih serta Bandar Rinching dan sekali lagi rakyat mengalu-alukan kedatangan Arul.
Archive for February, 2008
Khamis: Gaining Momentum

Hari ini saudara Arul telah turun berkempen di kawasan pekan Semenyih, Kampung Baru,kawasan Sg Jeluk dan Pasar Malam Taman Jasmin serta ceramah di Taman Kesuma Fasa 7. Respon dari masyarakat di kawasan ini sungguh bagus. Boleh dirasakan bahawa rakyat Semenyih mendahagakan perubahan dan ingin menjadikan calon berjiwa rakyat ini ADUN mereka. Di Kampung Baru, penduduk disana meminta jentera pilihanraya untuk lebihkan poster. Beliau mendapat sambutan hangat sekali dari para pekedai.


Di kawasan Sg Jeluk pula , penduduk di sana telah mengiringi calon dari rumah ke rumah dan banyak orang telah menyatakan sokongan mereka kepada Arul. Di Pasar Malam Taman Jasmin pun ramai yang telah datang untuk menjumpai beliau. Malah ramai yang tertarik dengan perwatakan beliau yang simple.Kempen hari ini telah menampakkan ramai yang bosan dengan pemerintahan Barisan NAsional dan ingin melihat perubahan.



Calon BN Menyalahgunakan Jentera Kerajaan Untuk Mengganggu Bilik Gerakan PSM dengan Bunyi Bising
27 Februari 2008, Sungai Siput
Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah meletakkan Dr Kumar untuk bertanding dalam Pilihanraya ke-12 di kawasan Parlimen Sungai Siput di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR). Barisan Nasional (BN) yang pengecut telah menggunakan perlbagai taktik murahan untuk menghalang kerja-kerja kempen PSM.
ARTIKEL PENUH (MORE) »

Media Update – Dun Semenyih
26Februari 2008
“KUASA DI TANGAN ANDA, SEMENYIH MENUNTUT PERUBAHAN”
Power is in Your Hands, Semenyih Demands Change
ARUL MAKES HIS DEBUT IN ELECTIONS
Kajang, 24 February 2008
This morning, PSM’s Secretary General S.Arutchelvan made his debut into elections when he was nominated to stand in the Semenyih State seat under the logo of Parti Keadilan Rakyat (PKR). He was accompanied by around hundred PSM supporters all wearing the red t-shirt. ARTIKEL PENUH (MORE) »
*Kota Damansara, 26th Feb 2008*
The playground at Taman Subang Perdana Jln 2/10 today was packed by over 4000 people, gathered to listen to the speeches of the alternative front candidates.
Dr.Nasir Hashim, the socialist candidate from PSM hosted the event today. Comrade Nasir patiently explained that the change in leadership from Mahathir to Badawi has not solved the people’s problem. “A change in leadership without overthrowing the capitalist system, will lead to continuous exploitation by the ruling class.” He further stressed that the PSM had a different manifesto because as socialist, we feel that only through people’s power true changes can be made.
The others that joined today’s rally were Sdr. Sivarasa the Subang Parliamentary candidate and Elizabeth Wong the candidate for Bukit Lanjan. Anwar’s arrival was greeted by the ‘Urimi meelam’ drums performed by the Makkal Sakti youth.
Anwar called for undivided support from the people of Kota Damansara to vote for Dr. Nasir. He stressed that among the opposition, we should not lobby and campaign for favorite candidates. He added that Dr. Nasir is an activist, has proven himself in many peoples struggles. Thus, he would be the best candidate for the people unlike the Barisan candidates who carry the interest of the capitalist.
Anwar who was supposed to speak for only half an hour, motivated by the huge crowd, spoke for an hour. Many greeted Nasir and wished him success in on the polling day, 8th Mac.
*Socialist candidate, candidate for the people!*
Kota Damansara
Selangor: N39 – Kota Damansara
Voters: 29,701
Racial Breakdown: Malay: 55.8%, Chinese: 29.8%, Indian: 13.8%, Others: 0.6%
| Party | Candidates | Votes | Majority |
|---|---|---|---|
| UMNO | Datuk Zein Isma b Hj Ismail | ||
| PSM | Dr Mohd Nasir Hashim |





Suasana Semakin Panas di Sungai Siput
Ceramah PSM diganggu polis
24 Februari 2008, Sungai Siput
Pada malam selepas pencalonan untuk pilihanraya, suasana Sungai Siput semakin hangat. Ceramah malam pertama yang dianjurkan di hadapan bilik gerakan calon PSM yang bertanding di bawah tiket PKR di Sungai Siput, terpaksa dihentikan pada separuh jalan disebabkan gangguan dan halangan daripada pihak polis.
Ruang di hadapan bilik gerakan PSM Sungai Siput telah dibanjiri oleh lebih 1000 orang, yang beria-ia untuk mendengar apa yang dicakapkan oleh penceramah daripada PSM, parti-parti pembangkang dan wakil kumpulan masyarakat.
Semasa calon Sungai Siput, Dr. Kumar memberikan analisa tentang masalah masyarakat dan bagaimana BN menyusahkan rakyat jelata, tiba-tiba sekumpulan polis bersama pasukan Light Strike Force datang ke hadapan pentas dan menghalang Dr Kumar untuk meneruskan hujahnya yang menarik hati para peserta ceramah. Ceramah terpaksa diberhentikan awal pada lebih kurang pukul 10 malam. Dr Kumar yang belum menghabiskan hujahnya berkata kepada para peserta bahawa ceramah-ceramah akan dijalankan di sekitar kawasan Sungai Siput. Laungan “hidup rakyat” mengakhiri program malam ini, walaupun masih ramai lagi orang datang ke ceramah.
Wakil Hindraf juga berucap dalam ceramah malam ini.
Taktik murahan MIC sudah koyak
Pada masa ceramah dijalankan, pihak MIC/BN juga mengadakan satu konsert pada tapak yang sama, tetapi hanya mendapat sambutan dingin. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah membenarkan BN untuk mendirikan pentas di tempat itu tetapi menolak permohonan PSM untuk mendirikan pentas di tempat yang sama. Agak menghairankan mengapa BN masih teruskan dengan pentas itu walaupun bilik gerakannya sudah pindah ke tempat lain.
Samy Vellu pernah pakai cara yang sama untuk mengganggu program PSM dalam pilihanraya yang lepas. Nampaknya kali ini taktik yang bertaraf rendah ini sudah langsung tidak berkesan lagi. Walaupun muzik dimainkan dengan kuat oleh MIC semasa ceramah PSM, namun orang ramai masih tertarik pada apa yang dicakapkan oleh penceramah, dan apa jua bunyi yang keluar dari belakang langsung tiada kesan! Taktik murahan MIC telah dikalahkan oleh kesedaran rakyat!
Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!
Perubahan Bermula Di Sungai Siput!
Daripada
Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia, Sungai Siput.
Tel: 05-5984885
Fax: 05-5985885

PSM Menunjukkan Semangat Tinggi Untuk Singkirkan Samy Vellu
Sungai Siput Akan Menyaksikan Persaingan Hebat
– Laporan Hari Penamaan Calon Kawan Parlimen P062 Sungai Siput
24 Februari 2008, Sungai Siput
Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr. Jeyakumar Devaraj yang bertanding dengan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kawasan Parlimen Sungai Siput berikhtiar untuk menyingkirkan Samy Vellu dari Sungai Siput dan Parlimen Malaysia.
Pada pagi ini, Dr. Kumar berarak ke pusat penamaan calon Sungai Siput, diiringi oleh penyokong-penyokong yang berjumlah 500, bersiap dengan bendera Parti Keadilan Rakyat dan bendera Tumbuk Merah PSM.
Jalan di hadapan pusat penamaan calon, Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput, telah dibanjiri oleh penyokong-penyokong calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya ke-12.
Jumlah penyokong calon Barisan Nasional (BN) telah berkurangan banyak berbanding hari penamaan calon pada 2004, nampak tidak bersemangat dan hilang arah. Penyokong-penyokong daripada parti-parti pembangkang menunjukkan semangat yang tinggi dengan laungan slogan yang menggegarkan bumi Sungai Siput.
Barisan penyokong parti-parti pembangkang juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu perjuangan oleh para penyokong PSM bersama rakan-rakan daripada parti penyokong yang lain. Slogan “Hidup Rakyat” dan “Hidup Perjuangan” dilaungan dalam 4 bahasa – Melayu, Kantonis, Mandarin dan Tamil. Tidak hairan penyokong-penyokong BN terpegun apabila terdengar lagu PSM tentang kenaikan harga dinyanyikan, kerana apa yang dinyanyikan itu memang realiti yang dihadapi oleh mereka setiap hari – pemerasan oleh pemimpin yang disokong buta-tuli oleh mereka. Para penyokong PSM juga mencipta sebuah lagu bertajuk “Lagu Rakyat Sungai Siput”, yang menjadi lagu tema kempen pilihanraya untuk Dr. Kumar.
Lagu itu berbunyi begini:
“Rakyat Sungai Siput semua
Mari jemput perubahan baru
Kobarkan semangat juangmu
Kesaksamaan pasti menunggu
Sudah cukup lama
Kita terbelenggu…
Satukan kekuatan buruh tani
Perubahan mula sini
(Kita jemput Sosialis)”

Orang ramai yang berkumpul di hadapan pusat penamaan calon Sungai Siput tidak terkejut – taktik pengecut tanam calon bebas hari ini kerana Nor Lizan Oon, seorang bekas anggota UMNO bertanding sebagai calon bebas. Oleh sebab calon bebas ini langsung tidak dikenali, pastinya akan hilang deposit dan pertempuran di Sungai Siput sebenarnya adalah satu lawan satu.Walaupun pertandingan tiga penjuru berlaku di Sungai Siput, yang pasti mendapat tumpuan umum adalah pertembungan antara Dr. Kumar, jaguh perjuangan rakyat miskin, dengan Samy Vellu, menteri kanan kerajaan BN yang dibenci ramai.
Selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan Parlimen Sungai Siput, DUN Lintang dan DUN Jalong, Dr. Kumar disambut meriah oleh penyokong-penyokongnya di luar pagar Majlis Perbandaran. Dr. Kumar disambut dengan begitu hebatnya seperti seorang wira rakyat. Cara sambutan sebegini hanya dapat disaksikan semasa Presiden Venezuela Hugo Chavez disambut hebat oleh rakyat jelata apabila beliau kembali ke pejabat presiden selepas satu rampasan kuasa oleh puak kanan ditewaskan.
Bagi Samy Vellu, pilihanraya kali ini adalah pertarungan hidup maut dalam kerjayanya sebagai politikus, tetapi bagi Dr Kumar, pertandingan kali ini adalah tentang hidup mati rakyat. Samy Vellu pasti akan menggunakan segala taktik kotor untuk memastikannya menang, termasuklah membeli undi, menghabiskan sebanyak wang mungkin, mengupah samseng dan menyeludup masuk pengundi hantu. Namun, Dr. Kumar bersama pasukan kempennya yang bersemangat juang tinggi tidak merasa gentar dan pasti akan memberi satu tentangan hebat untuk menumpaskan Samy Vellu dan kerajaan BN pro-kapitalis.
Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!
Perubahan Bermula Di Sungai Siput!

