Archive for November, 2007

26
Nov

Forum Socialism 2007: Politik Kiri – Dulu dan Sekarang

FORUM – SOCIALISM 2007

MERDEKA

50 TAHUN/YEARS

POLITIK KIRI – DULU DAN SEKARANG

LEFT – THEN AND NOW

16 December 2007

at New Era College, Kajang, Selangor

Parti-parti berhaluan kiri merupakan parti politik pertama di Malaya dari PKM & KMM dari tahun 1930an sehingga kepada perjuangan PSM pada masa kini. Sempena dengan 50 tahun Kemerdekaan Malaya, Forum Sosialisma 2007 ingin meninjau sumbangkan parti kiri, peranan dan kritikan dalam tiga tahap iaitu zaman sebelum Kemerdekaan, zaman fron sosialis (60an – 70an) dan zaman selepas kejatuhan tembok Berlin pada tahun 1989.

***

The left political parties were the first political parties in Malaya and have existed since the times of MCP and KMM in the early 1930s till the struggles of the PSM today. In conjunction with 50 years of Independence of Malaya, This year’s Socialist Forum would like to examine, explore the role and contributions of the left in three critical phrases – the era before Merdeka, The Socialist Front period (1960s-70s) and the period after the cold war (post 1989).

POLITIK KIRI – DULU DAN SEKARANG
LEFT – THEN AND NOW
16 December 2007

PROGRAM

8.30pagi – Pendaftaran

9.00pagi – Ucapan Pembukaan

Mengenang Perjuangan Parti Kiri sempena 50 tahun Merdeka

50 years of Independence – Remembering the left

– M.Saraswathy (Timb Pengerusi PSM)

9.30pagi – DISKUSI PANEL PERTAMA

Perjuangan bersenjata dan peranan dalam Kemerdekaan – PKM

The MCP, armed tactics and role in Independence

Pengerusi – Fahmi Reza (Penerbit filem 10 tahun sebelum Merdeka

Panel 1 : Chen Jian – Independent Researcher of the Malaysian Left

Panel 2 : Colin Abraham – Penulis/writer

Panel 3 : Tan Jin Qui – UM Socialist Club & Singapore Socialist Front

( Will be speaking of the role of the MDU )

11.30am – DISKUSI PANEL KEDUA

Fron Sosialis – Ideologi, Politik Pilihanraya, Persoalan Nasional dan Represi

The Socialist Front – Ideology, Electoral politics, National Question and repression

Pengerusi – Rani Rasiah

Panel 1 : CC Yong (Parti Rakyat and Ex State Assemblyman)

Panel 2 : SN Rajah (Unionist and Labour Party member)

Panel 3 : Syed Hamid ( Socialist Club & Student leader)

1pm – MAKAN TENGAHARI

2pm – DISKUSI PANEL KETIGA

Apa yang tinggal selepas kejatuhan Tembok Berlin – 1989

What is left of the left since the collapse of the Berlin Wall – 1989

Pengerusi – Amin Iskandar – Penulis/writer

Panel 1 : Rustam Sani (Sociologist & Newspaper columnist)

Panel 2 :Nasir Hashim (PSM Chairperson)

Panel 3 : Viren Swami (Academic and Political activist)

4pm- Apa perlu dilakukan ? Mengembalikan Kuasa Kiri What is to be done – Left

Moderated by : S.Arutchelvan

5pm – Tamat

Registration fee – Only RM 10.00 to cover 1 lunch and 2 teas. Those who want to give additional donation are most encouraged.

Payment through cheque/money draft can be made Payable to ParSosMa, or banked in at – Account Number : 508010 82460 3, Maybank Ipoh Branch,.

If you intend to make your payment on the day, please confirm participation through Mathavi at 012-6045807 , email at madhavi3012@gmail.com or Nalini 012-6529491 , email at nalininal@gmail.com.

Those interested to sell books or need exhibition space, please communicate with Parames E at 013-6408159 or parames 49@yahoo.com

For any other Inquiries, you can call S.Arutchelvan- 019-2537791 or email at arul.psm@gmail.com. Postal address – Secretariat Conference National Question at 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields 50470, Kuala Lumpur. Tel- 603-22747791 or fax at 603-87374772 or psmhq@tm.net.my

Best Way to Travel to New Era College-Take a Komuter train, get down at Kajang Station and just walk around 80 meters and you would reach the venue. Look for the signboard

26
Nov

A Day to Reflect – Racism and 50 Years of Merdeka!

PRESS STATEMENT – 25 NOVEMBER 2007
A DAY TO REFLECT – RACISM AND 50 YEARS OF MERDEKA !

25 November 2007 will be seen as a day when thousands of Malaysian Indians defied police orders and other high handed intimidation to express their anger and frustration against the ruling party and poured into the streets of Kuala Lumpur. ARTIKEL PENUH (MORE) »

26
Nov

Bila dalam satu kaum sendiri – ada kaya dan miskin

Satu lagi sejarah dicipta oleh rakyat Malaysia pada hari ini, apabila lebih 30,000 rakyat biasa kaum India turun ke jalanraya menuntut hak mereka. Cukup sudah penindasan selama 50 tahun,meminggirkan kaum India, yang mana 80% adalah masih terdiri daripada pekerja biasa.

Walaupun demonstrasi hari ini telah dianjurkan oleh Hindraf dengan slogan menuntut hak kesamarataan untuk kaum India khususnya, tetapi kehadiran begitu ramai orang India rakyat biasa hari ini mengambarkan suatu situasi yang merentangi isu perkauman sahaja.

Pada pandangan am,punca utama penindasan ini berupa perkauman, iaitu akibat daripada polisi -polisi pro Bumiputra yang diolah oleh Kerajaan BN sejak kemerdekaan.

Tetapi jika punca akarumbi dikaji, ianya bercetus daripada sistem kapitalisma itu sendiri. Kapitalisma yang di dukung oleh Kerajaan BN ini dibentuk agar memastikan segelintir elit kaya akan mengawal sumber dan kekayaan negara. Elit kapitalis ini tidak mengira bangsa dan warna kulit. Jika kita mengatakan orang India dipinggirkan, bagaimana pula dengan Ananda krishnan, Tony Fernandez? Semestinya kita tidak boleh golongan mereka bersama dengan Sarawanan, seorang pekerja kilang di Rawang yang mendapat gaji RM 800 lebih sebulan!

Oleh kerana kaum India,kebanyakkanya adalah pekerja biasa, maka merekalah yang paling tertindas dalam konflik klas ini iaitu diantara pemodal, korporat dan golongan pekerja biasa. Pemodal, pemerintah dan golongan elit biasanya bersekongkol untuk menguasai dan mengaut keuntungan daripada rakyat biasa dan kaum pekerja.

Mungkin ada yang bertanya, “Tidakah orang Melayu sahaja yang perolehi segala bantuan daripada Kerajaan, dapat semua kontrak daripada Kerajaan? “Betul, sememangnya syarikat status bumiputra diberikan keutamaan dalam pelbagai bidang. Hak keistimewaan orang Melayu ini lah yang telah membentuk satu golongan elit peniaga dan korporat Melayu. Elit dan peniaga Melayu ini, kita tidak boleh golongankan bersama Mahcik yang jual nasi lemak di pasar malam atau pekerja di kilang.

Walaupun, kaum India mungkin berpandangan bahawa, semua kaum Melayu dijaga oleh Kerajaan dan kaum India sahaja dipinggirkan, pada realitinya bukan begitu.

Kerana sifat sistem kapitalisma adalah sedemikian. Kapitalis Melayu yang sudah merasai keenakan bau wang ringgit dan kehidupan mewah akan terus berusaha mengkomplot dan memonopoli sebanyak mungkin kontrak yang mungkin. Ini dapat dilihat daripada permit teksi, AP, kontrak pembekalan dan sebagainya. ‘Hak keistimewaan Melayu’ yang sepatutnya sampai kepada semua kaum Melayu hanya dipegang oleh segelintir elit dan kroni Umnoputra.

Scenario yang sama dapat dilihat di antara lapisan kaum India juga. Mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan MIC dan parti pemerintah akan mengondol segala kontrak dan peluang perniagaan, meminggirkan yang majoriti kaum India.

Kebenaran kapitalisma ini amat ketara terutamanya pada masa kini. Adalah sungguh aneh, pada masa yang sama, klas kaum India yang berbeza mendapat perhatian di berita utama.

VK Lingam, seorang peguam yang begitu kaya dan berkuasa sehingga dapat menentukan kedudukan Hakim Negara sendiri, sekaligus memaparkan korupsi pada peringkat yang tertinggi juga merupakan seorang India.

Pada masa yang sama, kita juga lihat bagaimana seorang peniaga India, Nallakaruppan melancarkan parti barunya Malaysian Indian United Party (MIUP) di Hotel Istana, dalam suatu majlis yang begitu mewah. Kononya beliau juga ingin membantu kaum India. Persoalannya kaum India yang mana?

Pada masa yang sama juga berlakunya kejadian bersejarah yang disaksikan pada pagi ini, apabila rakyat biasa, golongan pekerja dan berpendapatan rendah kaum India, memberanikan diri didepan FRU menuntut hak mereka. Bolehkah kita golongankan VK Lingam dan Nallakaruppan sebagai golongan tertindas bersama ribuan rakyat yang turun ke jalanraya pagi ini ? Semestinya tidak.

Inilah yang kita maksudkan dengan perjuangan klas, perbezaan jelas antara kaya dan miskin. Perbezaan ekonomi, politik dan sosial diantara rakyat Malaysia bukanlah kerana warna kulit, etnik tetapi ianya adalah perbezaan klas. Yang kaya menjadi terus kaya kerana meragut segala peluang perniagaan dan kontrak dan yang miskin akan terpinggir.

Kebenaran inilah yang telah membawa 30,000 rakyat biasa, majoritinya orang Melayu ke jalanraya dalam demonstrasi besar-besaran pada 10hb November yang lalu.

Syabas kepada mereka yang telah memberanikan diri berdemonstrasi pada 10hb.November. Syabas kepada mereka yang telah berdemonstrasi pada hari ini, 25 hb November, 2007!

AWAS Barisan Nasional, rakyat telahpun sedar. Rakyat tidak lagi percaya dengan semua tipu helah mu. Perhimpunan tiada permit!, Arahan Mahkamah menghalang demonstrasi!, Roadblock! dan kempen ‘ Demonstrasi bukan Budaya Kita dalam media massa, kesemuaya dipatahkan oleh semangat rakyat pada hari ini.

Adalah amat menakjubkan bahawa, hanya selepas 2 minggu protes Bersih di buruk-burukkan dan dikecam dalam media massa, kini rakyat bangkit lagi menentang keangkuhan pemerintah.

Ombak demonstrasi perlu berterusan, rakyat tertindas, terpinggir oleh sistem kapitalis BN ini perlu bergabung tenaga tanpa mengira kaum dan agama. Pak Lah dan Najib perlu memikrkan taktik baru untuk menakutkan rakyat. Mungkin mereka ingin mendorong puak –puak extrimis untuk menimbulkan perbalahan antara kaum. Kerana hanya dalam keadaan sedemikian, situasi darurat dapat diungkitkan sepertimana yang dilakukan pada 13hb Mei, 1969.

Tindakan politik berbilang kaum pernah dilakukan, 60 tahun yang lalu, pada 20 hb Oktober, 1947, apabila pelbagai organisasi dan pergerakan rakyat berbilang kaum melancarakan HARTAL yang mengegarkan empayar British pada masa itu.

Kini, rakyat Malaysia perlu membina semangat Hartal itu semula, kalau kita ingin benar –benar membawa perubahan dan menumpaskan Kerajaan Kapitalis Barisan Nasional ini.

Hidup perjuangan rakyat!

A. Sivarajan
PSM

25
Nov

Awas! Hanya Perkauman Boleh Selamatkan BN Sekarang!

KENYATAAN AKHBAR PARTI SOSIALIS MALAYSIA – 24 NOVEMBER 2007
AWAS! HANYA PERKAUMAN BOLEH SELAMATKAN BN SEKARANG !

Perkembangan politik tanah air hari ini mengambarkan kita berada dalam satu keadaan dan suasana politik yang amat menarik dan unik. Buat pertama kalinya untuk sekian lama, kesemua kaum utama di Semenanjung Malaysia memaparkan sentimen anti kerajaan. Perhimpunan raksasa BERSIH pada 10 November 2007 dan kebelakangan ini sokongan luarbiasa yang diberikan oleh Kaum India kepada Hindraf mengambarkan ketidakpuasan rakyat terhadap pemerintaahn kerajaan hari ini. Kaum Cina pula telah menunjukkan bantahan mereka yang konsisten berdasarkan pilihanraya kecil Machap dan Ijok. ARTIKEL PENUH (MORE) »

25
Nov

The Hindraf Campaign: A Critique

by Dr. Kumar Devaraj

Thousands of Malaysian Indians from all over the country are responding to Hindraf’s campaign. SMS messages are being amplified and sent out by the hundreds, petition forms are being signed, funds have been collected, and there is a massive mobilization to present a memorandum to the British High Commission on Sunday 25th November 2007. All this highlights the extent to which Malaysian Indians have been neglected and marginalized by the policies of the Barisan Nasional government. It shows the level of frustration and resentment within the community. ARTIKEL PENUH (MORE) »

14
Nov

Forum: Pramoedya – sejarah, novel dan politik pembebasan

Pramoedya Ananta Toer (1925-2006), merupakan sasterawan Indonesia yang terkenal di mata dunia. Beliau telah menghasilkan lebih 50 karya dan diterjemahkan dalam 41 bahasa asing. Beliau merupakan tokoh penulisan yang berhaluan kiri, karyanya menyampaikan pemikiran progresif yang menentang penjajahan dan pemerintahan zalim. Karyanya yang mendapat sambutan hebat termasuklah Bumi Manusia dan Anak Semua Bangsa, yang ditulisnya semasa dalam penahanan di Pulau Buru.

Pramoedya pernah ditahan selama 3 tahun pada zaman penjajah, 1 tahun semasa pemerintahan “Orde Lama” Sukarno dan 14 tahun semasa pemerintahan “Orde Baru” Suharto. Beliau ditahan selama 18 tahun secara total. Beliau ditahan pada masa Orde Baru bersama ribuan orang atas tuduhan memihak kepada Partai Komunis Indonesia (PKI).

“Had Pramoedya Ananta Toer been a Soviet dissident he would have received the Nobel Prize, but his status as a literary master is secure and, unlike some Latin American contemporaries, he remained unapologetic throughout his life.”
- Tariq Ali

Datanglah mendengar lebih mendalam mengenai tokoh sastera kiri yang terkemuka di rantau Asia Tenggara ini.

Tarikh: 24 November 2007 (Sabtu)
Masa: 8pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor, 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Moderator: Fathi Aris Omar (Aktivis Media)
Kemasukan: Percuma

Ahli Panel

  • Max Lane – Penulis & Pengkaji Sejarah dalam tangan Pramoedya – ‘revolusi belum selesai’ (Max Lane merupakan seorang penulis, penyelidik dan penterjemah yang berasal dari Australia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 36 tahun bekerja di Indonesia, Singapura dan Filipina. Hasil kerja beliau terbaru adalah penterjemahan karya Pramoedya, Arok Dedes, ke dalam bahasa Inggeris, Arok of Java. Beliau juga banyak menulis tentang pergerakan masyarakat di Indonesia, termasuklah buku terbaru beliau, Bangsa Yang Belum Selesai,: Indonesia sebelum dan sesusah Suharto.)
  • Sumit Mandal – Penyelidik, IKMAS, UKM, Politik anti-perkauman Pramoedya

Anjuran: Parti Sosialis Malaysia (PSM) & Community Development Centre (CDC)

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat PSM 03-22747791 atau Chon Kai 019-5669518

14
Nov

The ‘missing’ file

 

Shah Alam High Court, 13 November 2007

There was a big crowd in level 7 of the Shah Alam High Court where the Kampung Berembang case Judgment was to be read compared to level 4 where the Altantuya case was going on. It seems the crowd was not interested anymore in the Altantuya case as it is full of comedy but unfortunately, the comedy situation spread to level 7 when the 100 over settlers from Berembang were told that their case is postponed as the file has gone missing.

Most lawyers were quite familiar with this situation of file missing in the court but not the settlers who have been living under tents and under tremendous hardship. They just could not digest the news that the judgment they had been waiting since August had to be postponed to December 14 as the file could be found. They had been waiting anxiously all morning, only to be told of this “missing” file.

The whole Kampung Berembang case is in fact a comedy. The court was to give judgment on the question of vacant possession as the developer Permodalan Nasional Selangor Bhd (PNSB), through their joint-venture agreement partner Perspektif Masa Sdn Bhd, had applied for a summary possession of the land under Order 89 of the High Court Rules. Before even the court could come to a decision, the settlers were illegally evicted from their land which they have been staying for almost fifty years. Before this, they had another case when they were evicted bceause the land was said to be state land.

Today the settlers were visibly very upset with the outcome. They could not understand how a nation sending someone to space cannot find a missing file in the courtroom. Their frustration was also against UMNO which most people felt did not serve the interest of the villagers. The Kampung – a former stronghold of UMNO saw today the settlers carrying a banner which said that UMNO’s keris (dagger) stabbed them. Recently UMNO General Assembly continued on show UMNO has saved the Malay race but to the settlers’ today- UMNO is just a party for the rich Malay to get contracts and make money.

After the hearing, Edward Saw the lawyer  representing the settlers as well as PSM’s Secretary General S.Arutchelvan addressed the settlers. Edward felt sorry for the settlers on the outcome today and expressed what happened in the chambers. Meanwhile Arutchelvan told the press gathered that he was upset with the missing file as it has created a lot of anxiety and suspicion as the settlers are dealing with a Big Company with lots of dealing with the State Government.

A missing file is not a good sign in a country riddled with many questions on the independence of the Judiciary. The fear that the comedy in level 4 of the Altantuya case would eventually decide the outcome of the Kampung Berembang case was in everybody mind.  Next month December 14- these questions will be answered.

12
Nov

Perhimpunan BERSIH beri nafas baru kepada gerakan rakyat

Walaupun dibuli dan diintimidasi oleh pemerintah melalui jentera pemerintah seperti media perdana dan polis, namun perhimpunan BERSIH 10hb. November membuka satu ruang cahaya baru kepada gerakan rakyat yang agak malap dan lembap setelah gerakan reformasi pada tahun 1998.

Syabas dan Tahniah harus diberikan kepada penganjur perhimpunan 10hb. November kerana telah menjalankan mobilisasi rakyat dengan serius, mengujudkan pelbagai suasana untuk membolehkan perhimpunan ini berlaku, dapat membidas propoganda parti pemerintah dan yang paling utama, berani meneruskan perhimpunan walaupun menerima tekanan yang begitu kuat dan hebat dari pemerintah dan keseluruhan jentera kerajaan.

ARTIKEL PENUH (MORE) »



    Follow PSM on Twitter

     

    November 2007
    M T W T F S S
    « Oct   Dec »
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    2627282930