Archive for the 'Pahang' Category

23
Feb

Protes Berjalan Ke Pejabat Daerah Cameron

Pada hari ini, sebanyak 50 orang telah mengambil bahagian di dalam Protes Berjalan ke Pejabat Daerah Cameron. Protes ini diadakan selepas Pegawai Daerah Cameron, Dato’ Mohammad Noor bin Abdul Rani, tidak mahu berjumpa rakyat untuk menyelesaikan masalah-masalah tanah, rumah dan gerai mereka. Sebelum ini, pelbagai langkah telah diambil untuk berjumpa dengan Dato’ Mohammad Noor. Di antaranya ialah:

  1. Surat beserta 100 tandatangan untuk mendesak Pegawai Daerah berjumpa dengan rakyat.
  2. 5 surat untuk menetapkan tarikh temujanji.
  3. Berkumpul 2 kali di Pejabat Daerah Cameron untuk memaksa Dato’ Mohammad Noor berjumpa rakyat.
  4. Laporan polis terhadap Dato’ Mohammad Noor yang gagal menjalankan tugas.
  5. Aduan kepada SUHAKAM untuk memulakan ‘inquiry’ terhadap isu-isu ini.

Protes berjalan ini telah dimulakan sekitar 3.20 petang. 2 kumpulan telah dibuat dimana 1 kumpulan beredar dari Taman Royal Lily dan satu kumpulan lagi menunggu di persimpangan Jasar Valley, Tanah Rata. Sebaik sahaja tiba di persimpangan Jasar Valley, kami diberhentikan oleh Ketua Polis Trafik Cameron. Tidak jauh dari beliau ialah KPD Cameron, Deputi Supritendan Wan Mohd Zahari Wan Busu. Selepas menerangkan bahawa berjalan bukan salah di sisi undang-undang, kami meneruskan perjalanan. ARTIKEL PENUH (MORE) »

22
Feb

Hot protest in cool Camerons

Malaysiakini

NONEParti Sosialis Malaysia will lead about 40 petty traders and factory workers to the Cameron Highlands district office tomorrow in a protest march to demand action on long-standing complaints.

The party’s People’s Representatives Council secretary Suresh Kumar said the group will comprise mainly Indian Malaysian vegetable farmers, hawkers and factory workers. ARTIKEL PENUH (MORE) »

07
Jan

Kuasa Rakyat Gegarkan Pejabat Daerah dan Tanah Cameron

Pada hari ini, sejarah rakyat yang baru tercipta di Cameron Highlands. Kuasa rakyat akhirnya berjaya mendapatkan pertemuan dengan Pegawai Daerah Cameron Highlands.

ARTIKEL PENUH (MORE) »

10
Oct

Polis halang ceramah PSM di Cameron Highlands

Pihak polis telah melakukan pelbagai helah untuk mengagalkan forum PSM di Kampung Rajah, Cameron Highland. Pada awalnya polis tidak membenarkan PSM Cameron menaikkan baner mengenai program ini. Kemudian pihak polis juga telah menolak permit tanpa memberi sebarang sebab. Ini dikuti dengan pihak polis mengertak Dewan Tokong dimana Program ini sepatutnya diadakan sehingga Tuan Dewan membatalkan tempahan PSM pada saat terakhir. ARTIKEL PENUH (MORE) »

18
Jul

Sesi Perbincangan Untuk Ibu Tunggal Di Cameron Highlands

Sesi Perbincangan Untuk Ibu Tunggal Di Cameron Highlands

Pada 22 Jun 2008 (Ahad),Pusat Khidmat PSM Cameron telah mengadakan satu sesi perbincangan untuk ibu-ibu tunggal. Sesi tersebut telah berlangsung di Rumah Kanak-Kanak Istimewa Cameron Highlands (RKICH). RKICH dikendalikan oleh komrad baru di Cameron, Sdr. Simon. Sesi ini bermula bermula pukul 2.00 petang. Saudari Veronica telah membantu kami menjalankan sesi ini.
ARTIKEL PENUH (MORE) »

17
Jul

Pekerja Ladang Blue Valley Bangkit!

Pada 14 Jun 2008, Pusat Khidmat PSM telah menerima panggilan SOS dari wakil pekerja Ladang Blue Valley. Ladang tersebut akan ditukar milik dan besar kemungkinan akan dijual. Satu perjumpaan telah diadakan pada malam itu juga di Pajabat PSM. Di situ, kami telah mengambil keputusan untuk melawat ladang tersebut pada keesokan harinya. ARTIKEL PENUH (MORE) »

17
Jul

Wakil PSM Dihalang Masuk Oleh Pengurus Ladang Blue Valley

Cameron Highlands, 11 Julai 2008

Pada 11 Julai 2008, pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja, En.Lam, telah melawat Ladang Blue Valley untuk mendapatkan gambaran sebenar situasi yang sedang dialami oleh pekerja-pekerja di situ. Kami telah mendapat panggilan pada pukul 3.15 petang dari pekerja ladang Blue Valley. Perjalanan ke ladang tersebut dari Tanah Rata mengambil masa lebih kurang 40 minit. ARTIKEL PENUH (MORE) »

20
May

Penduduk “Walk-out” Dari Mesyuarat BN

Cameron Highlands, 19 Mei 2008

8.30malam, satu mesyuarat telah diadakan sesama penduduk Cameron, terutamanya Bandar Brinchang berkenaan satu projek baru di bandar tersebut. Pihak-pihak berkuasa di Cameron Highland telah bercadang untuk menukar jalan dua-hala di bandar tersebut kepada jalan sehala. Walaupun perkara ini mendapat tentangan hebat dari penduduk, pihak berkuasa ingin terus melaksanakan cadangan ini. Pusat Khidmat PSM juga telah mengelolakan satu kempen tandatangan menentang projek tersebut. ARTIKEL PENUH (MORE) »



    Follow PSM on Twitter

     

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031