On the final day of the three days Congress, the party adopted the following resolutions:
1. A peaceful, whole composing political action – A one-day Hartal in the state of Perak to demand for the dissolution of the State Assemble of Perak and to conduct state-level elections.
2. PSM demands that the Federal Government exercise the following seven steps to handle the economic crisis as outlined in the memorandum submitted by PSM to the Human Resource Minister on 25 February 2009:
* Set Up a Fund for workers laid-off or retrenched – Retrenchment Fund
* Implement a Minimum Wage Act and oppose cheap labour policy
* Create job opportunities in public sectors
* Food rations and food hampers for families for are in dire need.
* Restructure bank loans for housing and small businneses.
* Temporary land license for farming in state and private land, in urban and rural areas.
* Preserve the corporate tax at the current level. Oppose the implementation of GST
ARTIKEL PENUH (MORE) »
[Gambar-gambar lagi di sini](http://www.facebook.com/album.php?aid=258722&id=737900014&l=0ae1ccafc8)
Resolusi Kongres PSM yang bersidang selama tiga hari di Ipoh, Perak mengusulkan:
1. Satu tindakan politik yang menyeluruh dan aman “Hartal” satu hari di seluruh negeri Perak, untuk menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan pilihanraya peringkat negeri Perak dilaksanakan.
2. PSM menuntut kerajaan melaksanakan 7 tuntutan untuk menangani krisis ekonomi. Sepertimana memorandum yang diberikan oleh PSM kepada Menteri Sumber Manusia pada 25 Februari 2009
* Laksanakan Tabung Pembuangan Kerja
* Laksanakan Akta Gaji Minima
* Wujudkan peluang pekerjaan
* Catuan makanan
* Longgarkan skim bayaran balik pinjaman bank
* Tanah untuk pertanian
* Kekalkan cukai korporat
3. PSM membantah segala polisi penswastaan air, hospital, pendidikan dan perkhidmatan asas yang lain. Kita juga membantah sebarang cadangan menambah kenaikan tambang pengangkutan awam, minyak dan cadangan Kerajaan tidak mahu mensubsidi tepung, gula dan roti pada masa hadapan. Pada masa yang sama, kami menuntut kerajaan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital awam dan memberhentikan serta merta pembinaan hospital swasta.
4. PSM menuntut supaya dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dan kembalikan bahasa ibunda dalam setiap aliran sekolah.
5. PSM menuntut kerajaan melaksanakan IPCMC untuk menghentikan salahguna kuasa polis dan penangkapan sewenang-wenangnya oleh pihak polis. Polis harus menjaga keselamatan rakyat dan menangani jenayah, dan bukannya menyekat hak demokrasi rakyat. PSM juga menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu lebih berintegriti dalam menangani kes-kes rasuah.
6. PSM menuntut kerajaan supaya memansuhkan akta-akta zalim seperti ISA, Akta Hasutan, AUKU, OSA dan sebagainya. PSM menuntut Kem Kamunting ditutup dan dijadikan Bangunan bersejarah untuk mengenali salahguna ISA.
7. PSM menuntut supaya memansuhkan undang-undang yang menghalang wakil rakyat yang meletak jawatan tidak dibenarkan untuk bertanding selama 5 tahun dan menggubal undang-undang yang menghalang wakil rakyat daripada melompat parti.
8. PSM membantah sebarang jenis penindasan dan pencabulan peperangan di Afghanistan, Sri Lanka, Palestine dan sebagainya.
9. PSM menuntut supaya golongan hak orang asli dan golongan rakyat Marhaen ditegakkan. PSM menuntut kerajaan menggubal undang-undang supaya kesatuan Sekerja diiktiraf secara otomatik.
10. PSM menuntut perspektif sejarah mengenai kemerdekaan ditulis balik dan mengiktirafkan sumbangan golongan kiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Kerajaan juga digesa menghormati Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989 dan menuntut kerajaan supaya semua bekas PKM harus dibenarkan pulang ke tanahair seperti dalam perjanjian tersebut.
11. PSM menolak sebarang amalan dasar diskriminasi kaum dan gantikan semua dasar perkauman kepada dasar berasaskan keperluan. Dan untuk memulihkan hubungan antara kaum, PSM menuntut Kerajaan Selangor membuat kajian tentang kerugian, ketidakadilan, kecederaan dan kematian dialami oleh rakyat di Selangor semasa Peristiwa Mei 13.
12. PSM menuntut Kerajaan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan dilaksanakan serta merta dan menuntut kerajaan supaya melaksanakan Tuntutan BERSIH:
* Gunakan dakwat pada jari
* Hapuskan undi Pos
* Pembersihan senarai nama pengundi
* Akses kepada media
13. PSM menuntut supaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibatalkan.
14. PSM menuntut kerajaan supaya melaksanakan dasar yang melindungi alam sekitar demi menangani masalah perubahan iklim secara serius.
15. PSM menyokong perjuangan rakyat seluruh dunia yang menentang sistem kapitalis yang memaksa kelas pekerja bayar untuk krisis ekonomi yang disebabkan oleh kegagalan kapitalis itu sendiri.

Kongres Parti Sosialis Malaysia ke-11 kembali lagi pada 29-31 Mei 2009 di Tow Boh Keong, Ipoh (lihat map di sini). Kongres PSM adalah terbuka kepada ahli-ahli PSM dan pemerhati. Kalau anda ingin hadiri sebagai pemerhati, sila hubungi kami.
ARTIKEL PENUH (MORE) »
Port Dickson, 1 June 2008
PSM successfully concluded its tenth Congress- in an era and time where the ruling Barisan Nasional faces its biggest survival in Malaysian politics while Capitalism faces its biggest challenge – World Food crisis. It is an exciting time and it is time for change.
Party Sosialis Malaysia (PSM) had a successful 3 day (30-31May to 1 June 2008) National Congress attended by around 150 people comprising of delegates from 7 states, 3 front organizations and invited guests who been strong supporters of PSM for the past years. ARTIKEL PENUH (MORE) »

Monday, June 2, 2008
Kongres PSM tahun 2008 telah diadakan di Port Dickson pada 30 Mei hingga 1 Jun 2008 dengan jayanya. Kongres ini telah mencatatkan sejarahnya sendiri dengan perwakilan delegasi dua ahli PSM yang masing-masing merupakan ahli Parlimen dan DUN serta perwakilan dari tiga cawangan baru yakni Jelapang, Semenyih dan Seremban. Kemenangan pada pilihanraya lalu telah merancakkan satu semangat baru untuk meneruskan perjuangan parti menegakkan ideologi sosialisma di bumi Malaysia. ARTIKEL PENUH (MORE) »
Kuala Lumpur, 28 May 2008
In two days time, the tenth National Congress of Parti Sosialis Malaysia (PSM) will kick off in Port Dickson. The 3-day congress will be attended by around 150 delegates and observers. This year’s congress is special in that it commemorates a decade of PSM’s existence in the Malaysian political scene. It also is the first congress since two party members were voted into political office in the last general election, breaking the four-decade drought in which there were no socialist representatives. ARTIKEL PENUH (MORE) »