Archive for the 'May Day' Category

01
May

May Day Celebration Malaysia – Together we shall restore humanity

Dataran Seremban, Negri Sembilan

The police warned and stopped us against doing the one procession we planned for this year’s May day so we ended up doing three. Workers came from three fronts to the Dataran Seremban, the venue for this year’s May day celebration. It was the first time that the May Day celebration was done in Negeri Sembilan since May 1st. committee started organizing May Day since 1994.

Around 500 people gathered in blazing hot weather today to honor the 123 year old workers uprising in industrial countries such as Europe and United States. Many workers and young comrades of all races and political believes were brought together by 1st Mei Committee comprised of JERIT (Oppressed People’s Network), PSM (Party Socialist Malaysia) and local organizers from all parties to tell the world as well as our own Malaysian government that it is the workers which needed to be saved and not their cronies. The theme of this year’s May day was ECONOMY CRISIS: SAVE THE WORKERS, NOT THE CRONIES. Similar voices were heard all over the world as the class struggle intensifies between the classes – the capitalist and the workers.

ARTIKEL PENUH (MORE) »

30
Apr

Mesej Hari Pekerja 2009 PSM – Krisis Ekonomi – Krisis Kapitalis

### Pekerja, Jangan Bayar Apa-Apa Untuk Selamatkan Sistem Kapitalis!

1. Hari Mei Satu menjelang lagi. Warga pekerja seluruh dunia menyambut Hari Mei Satu yang penuh bermakna ini dengan cabaran krisis ekonomi dan tekad perjuangan yang lebih tinggi pada tahun ini.
1. Hari Mei Satu, bukan sahaja hari kita menghargai perjuangan pekerja pada masa lampau, tetapi juga hari untuk memperingatkan para pekerja bahawa perjuangan pekerja untuk membebaskan diri daripada belenggu pemerasan dan penindasan sistem kapitalis belum lagi selesai.
1. Sambutan Mei Satu sebagai Hari Buruh Antarabangsa bermula daripada perjuangan pekerja menuntut masa kerja 8 jam sehari pada penghujung abad ke-19. Perjuangan tersebut telah menyaksikan pengorbanan para pejuang pekerja yang ditindas oleh golongan kapitalis yang berpakat dengan kerajaan yang pro-kapitalis. Namun, dengan tekad perjuangan yang tinggi,masa kerja 8 jam sehari telah diiktiraf sebagai satu hak asasi pekerja di seluruh dunia.
1. Aksi Mei Satu telah menjadi inspirasi kepada pekerja untuk berjuang demi menuntut hak dan maruah. Bagi memperingati perjuangan gagah perkasa pekerja dalam menuntut kerja 8 jam sehari, para pekerja akan berhenti kerja dan keluar berhimpun serta berarak pada Hari Mei Satu.
1. Dunia pada hari ini sedang menghadapi krisis yang mendalam. Krisis ekonomi yang hebat telah melanda seluruh dunia akibat daripada keruntuhan sistem kewangan di Amerika Syarikat yang menjadi minyak pelincir untuk sistem kapitalis sedunia. Krisis ekonomi sedunia yang terbaru, seperti krisis-krisis ekonomi yang sebelum ini, adalah berpunca pada sistem kapitalis itu sendiri yang hanya mementingkan keuntungan pemilik modal yang berasaskan pemerasan golongan pekerja dan alam sekitar.
1. Dunia kita telah semakin kaya dan produktiviti pekerja tidak pernah menurun, tetapi akibat daripada sistem kapitalis yang mengagung-agungkan pasaran bebas bagi tujuan penimbunan keuntungan oleh para kapitalis, hakikatnya adalah yang miskin menjadi lebih miskin lagi di seluruh dunia. Golongan pekerja semakin tertekan akibat daripada dasar ekonomi neoliberal yang diperkenalkan lebih kurang 30 tahun yang lepas, yang melakukan penswastaan perkhidmatan asas, liberalisasi pasaran untuk kepentingan golongan kapitalis, dasar gaji rendah untuk pekerja dan menghancurkan segala peraturan yang menjamin hak pekerja. Sekarang ini, para pekerja dan rakyat biasa ditekan lebih hebat lagi akibat krisis ekonomi sedunia. Ini adalah krisis kapitalis, mengapa pula pekerja perlu menanggung bayarannya?
1. Malaysia juga tidak dapat terlepas daripada krisis ekonomi sedunia. Ramai pekerja sedang menghadapi masalah pembuangan kerja, pengurangan gaji, pengangguran dan sebagainya. Keluarga yang berpendapatan rendah akan dijejas oleh kegawatan ekonomi dan menjadi lebih miskin lagi.
1. Kerajaan Malaysia yang pada awalnya menafikan berlakunya krisis ekonomi di Malaysia akhirnya terpaksa bertindak dengan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi, dengan pakej terbaru yang dilancarkan pada bulan Mac berjumlah RM 60 billion. Persoalan besar timbul sama ada wang yang berjumlah begitu besar ini benar-benar dapat digunakan untuk mengurangkan penderitaan pekerja ataupun hanya untuk selamatkan kroni-kroni yang rapat dengan pihak pemerintah?
1. Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telahpun menunjukkan wajah pro-kapitalisnya dengan keengganannya untuk melaksanakan akta gaji minima, merampas hak pekerja melalui pemindaan undang-undang buruh, menyekat aktiviti kesatuan sekerja, menjalankan perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan kuasa-kuasa besar dan sebagainya. Adakah kerajaan sama yang sebelum ini menyebelahi golongan kapitalis untuk menindas pekerja, dapat menyelamatkan pekerja daripada keadaan krisis ekonomi yang mendalam ?
1. Rakyat Malaysia telah memberi pengajaran kepada kerajaan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum pada tahun 2008. Namun, Pemerintah masih enggan melakukan perubahan dasar yang menyeluruh demi mengembalikan kuasa kepada rakyat dan melindungi kesejahteraan rakyat. Pihak pemerintah terus mempermainkan politik perkauman, memperalatkan jentera kerajaan untuk menyekat kebebasan rakyat dan menggunakan kekayaan janaan pekerja untuk selamatkan kroni-kroni.
1. Krisis ekonomi yang telah menyebabkan rakyat biasa semakin tertekan ini telah mencetuskan penentangan hebat daripada golongan pekerja seluruh dunia, sama ada di benua Amerika, Eropah, ataupun di Asia. Sekiranya kerajaan-kerajaan tidak sanggup menyelesaikan krisis ini dengan menjamin kesejahteraan golongan pekerja, gelombang perjuagan pekerja yang lebih besar bakal melanda.
1. Dalam keadaan krisis ekonomi yang sedang melanda, kita perlu sekali lagi dengan suara yang lantang menegakkan tuntutan rakyat pekerja :
* Melaksanakan dasar yang melindungi pekerja dan rakyat miskin � menggubal akta gaji minima, melaksanakan tabung pembuangan kerja, perumahan untuk semua, tanah untuk petani dan menghentikan segala penswastaan perkhidmatan awam.
* Kerajaan tidak boleh sama sekali menggunakan wang rakyat untuk selamatkan bank dan syarikat pemilik modal besar.
* Kerajaan perlu merombak semula sistem ekonomi negara, dengan memberi penekanan kepada pengagihan kekayaan secara samarata, penyertaan rakyat secara demokratik dan perlindungan alam sekitar.
* Memansuhkan segala undang-undang yang menyekat kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), AUKU dan sebagainya.
1. Golongan pekerja menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara dan penjanaan kekayaan masyarakat. Namun, pihak pemerintah kapitalis tidak pernah menghargai sumbangan pekerja ini, malah segala tipu helah dan kekerasan digunakan untuk terus memeras golongan pekerja. Dalam keadaan ekonomi yang stabil, gaji pekerja ditekan pada paras yang rendah dan hak pekerja dirampas satu demi satu. Dalam keadaan ekonomi yang bergelora, pekerja pula dikorbankan untuk menyelamatkan keuntungan golongan kapitalis.
1. Golongan pekerja dan masyarakat tertindas tidak boleh berdiam diri dan menunggu masa untuk dicincang habis oleh kapitalis. Hanya perjuangan rakyat dari bawah dapat membawa perubahan sejati.Hanya dengan golongan pekerja bersatu sebagai satu kelas yang sedar, kita akan dapat menumpaskan pemerintahan kapitalis yang berasaskan penindasan kelas dan membina sebuah masyarakat demokrasi yang benar-benar bebas, adil dan saksama.
1. Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengucapkan selamat menyambut Hari Mei Satu kepada seluruh warga pekerja dan berharap kita semua akan menjadikan Hari Mei Satu ini satu lambang bagi semua rakyat tertindas untuk melawan segala penindasan dan pemerasan.

**Marilah kita jadikan Hari Mei Satu, sebagai satu hari kita melawan balik dan menuntut kuasa pekerja!**

**Hancurkan sistem kapitalis! Kita tidak akan membayar sesen untuk selamatkan sistem kapitalis**

**Kerajaan bertanggungjawab sediakan kerja untuk semua! Tiada seorang pun patut ditinggalkan!**

**Hidup pekerja! Hidup Perjuangan!**

**Dikeluarkan Oleh**

**Choo Chon Kai**
**Ahli Jawatankuasa Pusat PSM**

28
Apr

Sambutan Mei 1 2009 Di Seremban

May Day Poster

Program Sambutan Mei 1, 2009 Ada Perubahan Dengan Mengambil Kira Situasi Tempatan.

Butir-butir program adalah seperti berikut :

Tarikh : 1/5/2009
Tempat: Dataran Seremban (Opposite Terminal Seremban)
Masa: 10 pagi – 12 tengahari

Sila bawa topi , payung dan air kerana keadaan Dataran sangat panas.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Tinagaran – 0143389041 / Nithiya -0166606410

Salam perjuangan

Kohila
Sekretariat
Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
www.jerit.org

17
Mar

Mei 1, 2009: Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni!

Salam Perjuangan ;

Seperti setiap tahun, Jawatankuasa Mei 1, 2009 yang terdiri daripada badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat dan part-parti politik menganjurkan Sambutan Mei 1, 2009 demi memperingati perjuangan pekerja dunia dan juga memperkasakan kaum pekerja di Malaysia.

Sambutan Mei 1 , 2009 yang merupakan sambutan ke 16 untuk Jawatankuasa Mei 1, akan di adakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Tema Sambutan Mei 1, 2009 ialah: “Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni!”

Tema yang dipilih amat bermakna pada masa ini di mana kelas pekerja menjadi mangsa percaturan politik dan ekonomi dunia! Jelas pakej stimulas yang di cadangkan tidak menggambarkan sebarang langkah konkrit kerajaan dalam mengurangkan beban krisis ekonomi ke atas pekerja.

Kroni diselamatkan manakala kaum pekerja dipinggirkan!

Oleh itu, sertailah Sambutan Mei 2009. Mesyuarat Jawatankuasa seterusnya akan diadakan pada 29/3/2009 di Pejabat DAP, Senawang, Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudari Nalini – 0126529491
Hidup Pekerja! Hidup Perjuangan Pekerja


Salam perjuangan,
Theva
Jawatankuasa Mei 1 2009

02
Jul

Court Acquits PSM Duo Arrested During May Day 2002

Kuala Lumpur Majistret Court, 2 July 2008

This afternoon, Magistrate Maimoonah Aid dismissed the case against two PSM members T.Mohan dan Saravanan after the Prosecution requested yet another postponement as no police witnesses could be present today. They requested the court to give another final date. Lawyer for the duo, Comrade Amer Hamzah urged the court the dismiss the case as the case has dragged on for six years and the police has kept asking for last dates but everytime fail to present in court. Amer Hamzah also said that the reason given by the Prosecution is unacceptable. Magistrate Maimoonah than ruled that the duo be acquitted. ARTIKEL PENUH (MORE) »



    Follow PSM on Twitter

     

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031