Walaupun dibuli dan diintimidasi oleh pemerintah melalui jentera pemerintah seperti media perdana dan polis, namun perhimpunan BERSIH 10hb. November membuka satu ruang cahaya baru kepada gerakan rakyat yang agak malap dan lembap setelah gerakan reformasi pada tahun 1998.
Syabas dan Tahniah harus diberikan kepada penganjur perhimpunan 10hb. November kerana telah menjalankan mobilisasi rakyat dengan serius, mengujudkan pelbagai suasana untuk membolehkan perhimpunan ini berlaku, dapat membidas propoganda parti pemerintah dan yang paling utama, berani meneruskan perhimpunan walaupun menerima tekanan yang begitu kuat dan hebat dari pemerintah dan keseluruhan jentera kerajaan.