Archive for the '2008 General Elections' Category

30
Jun

Mobilise Peoples’ Power to Defend Democracy!

Post March 2008 is a period of great promise. Now both fronts, the Barisan Nasional and the Pakatan Rakyat, have to compete to prove themselves to the people of Malaysia. There is no doubt that the breaking of the 2/3 majority in Parliament as well as the conquest of 5 states by the Pakatan Rakyat has propelled Malaysian politics into a new era.

However it is an era that has great risks as well. UMNO is now akin to an injured tiger. Still strong because it is still the largest single party in the country and it practically controls the levers of government at the Federal level. However it faces the hitherto unthought of possibility of losing control of the Federal Government either at the next elections or even sooner if Anwar and the PR can induce enough BN MPs to cross over. ARTIKEL PENUH (MORE) »

07
Mar

Jentera pilihanraya PSM Subang dihalau samseng BN

Pagi ini lebih kurang pukul 9, jentera pilihanraya Parti Sosialis Malaysia(PSM) di DUN Kota Damansara telah bersedia untuk membuat usaha terakhir dalam saat-saat sebelum hari pengundian menjelang. ARTIKEL PENUH (MORE) »

06
Mar

Ceramah PSM di Kampung Baru Subang disambut baik

Kota Damansara, 6hb Mac 2008

Tanah lapang di hadapan Dewan rakyat Kampung Baru Subang malam ini dibanjiri lebih kurang 200 penduduk yang datang untuk mendengar ceramah daripada calon Parti Sosialis Malaysia(PSM) bagi DUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim. ARTIKEL PENUH (MORE) »

06
Mar

Dr. Kumar di Sg Siput, 2 Mac

p3020024.JPGp3020031.JPG

06
Mar

Taking on Samy in Sg Siput

Source: Helen Ang, Feb 28, Malaysiakini

Is there a chance for Dr Michael Jeyakumar Devaraj to become the Samy slayer in Sungai Siput?

Asked if he thought he could snag a winning margin, Dr Kumar replies: “Difficult, I think it’s very difficult.” This general election marks the third time that the medical practitioner is mounting a challenge against Samy Vellu for the parliamentary seat which registered 46,783 voters in the previous polls. ARTIKEL PENUH (MORE) »

05
Mar

Socialists expose BN’s misuse of power!

5th March 2008
By: Nithiyaavaani, Bilik Gerakan DUN Kota Damansara

Today two comrades from Parti Sosialis Malaysia (PSM), who are campaigning for Dr. Nasir Hashim, socialist candidate for DUN Kota Damansara, exposed misuse of school premise and state logo by MCA, one of the coalition parties in Barisan Nasional. This incident took place in front of MBSA Hall in Pekan Kg. Baru Subang. There was a banner in Chinese clearly showing the state logo together with MCA logo. ARTIKEL PENUH (MORE) »

02
Mar

Dr. Nasir di Pasar Kampung Baru Subang

Kota Damansara, 2 Mac,2008

Kemarahan peniaga-peniaga dan warga penduduk di Pasar Besar Subang dirasai oleh calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) di DUN Kota Damansara Dr. Nasir Hashim yang bertanding dibawah tiket PKR dalam lawatan beliau ke pasar tersebut pagi ini. Dijangkakan 1000 pengundi melawat pasar ini setiap hari.

Lebih kurang pukul 10 pagi ini satu kumpulan seramai 6 orang termasuk calon Dr.Hasim melawat pasar Kampung Baru Subang untuk berjumpa dengan para pengundi selepas turut bersama dengan sekumpulan penduduk Taman Subang Murni yang mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan mereka awal pagi ini.

Kehadiran Dr.Nasir di Pasar Kampung Baru Subang disambut dengan pelbagai reaksi berbeza. Rata-rata menyambut kehadiran calon berjiwa rakyat ini dengan senyuman manis. Ramai juga datang sendiri kepada Dr.Nasir dan pasukan sosialis yang hadir pagi ini untuk menyatakan sokongan mereka kepada Dr. Nasir dan berharap Dr.Nasir boleh menang dalam pilihanraya kali ini. Balasan kami mudah, cuma rakyat sendiri boleh menetukan masa depan sendiri, Undilah Pembangkang kali ini.

Pasukan Dr.Nasir dikejutkan oleh sekumpulan makcik kaum Cina yang memaki kami. Segala kemarahan mereka berpunca daripada penipuan yang dilakukan oleh ADUN lepas dari BN yang telah menipu dan mengambil-alih tanah pasar asal Kampung Baru Subang untuk kepentingan sendiri. Kehidupan mereka menjadi huru-hara kerana tempat perniagaan mereka telah dirampas.

Pasar sementera yang dibina sekarang terlalu kecil untuk peniaga dan pembeli untuk berurusan dengan selesa. Dr.Nasir sempat melangkah masuk ke pasar untuk merasa dengan sendiri kesusahan warga penduduk. Memanglar pasar ini terlalu sempit dan tidak selesa.

Rupa-rupanya mereka telah salah anggap bahawa kami adalah wakil daripada BN. Setelah dijelaskan bahawa kami adalah daripada PSM oleh Saudara Moon Hui, makcik-makcik minta maaf dan berjanji akan memberikan sokongan 100% kepada Dr. Nasir dan parti pembangkang dalam pilihanraya kali ini. Dr.Nasir pula ingatkan mereka jangan lupa keluar mengundi pada 8hb Mac 08.

Memang benar kemarahan pengundi terhadap BN yang terjemak dalam rasuah dan kronism semakin menaik tidak kira bangsa apa pun. Kehidupan rakyat merana dibawah pemerintahan BN selama 50 tahun. Satu perubahan tulen dicari oleh rakyat, satu perubahan yang benar-benar demi kepentingan rakyat. Dr.Nasir calon Dun Kota Damansara dan Parti Sosialis Malaysia sedia bersama rakyat dalam masa genting ini.

Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia
DUN Kota Damansara
2 Mac 2008

02
Mar

Ceramah umum di Kampung Baru Sungai Buloh

Pertemuan calon DUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim dengan pengundi-pengundi Kampung Baru Sungai Buloh berkesudahan dengan semangat tinggi walaupun hujan lebat turun separuh jalan.

Hari ini sekali lagi calon DUN Kota Damansara, pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr.Nasir Hashim yang bertanding dibawah tiket PKR turun bertemu dengan Rakyat. Penduduk-penduduk Kampung Baru Sungai Buloh yang sebahagian besar terdiri daripada kaum Cina dan India mengalu-alukan kedatangan Dr.Nasir dan pasukannya.

Awal pagi ini, Dr. Nasir hadirkan diri di pasar besar Kampung Baru Sungai Buloh untuk berjumpa dengan para pengundi. Kehadiran dia disambut baik oleh suri-suri rumah tangga dan penjaja-penjaja di sana. Para penduduk gembira kerana Dr.Nasir seorang yang peramah bersama pasukan sosialis yang hadir disana untuk mengedarkan risalah telah sibuk berjabat tangan dengan semua peniaga-peniaga gerai. Tangan-tangan inilah yang akan menentukan masa depan politik negara ini.

Pada sebelah petang, Dr.Nasir sempat merasai sambutan hangat daripada penduduk-penduduk di Rubber Research Institute (RRI) apabila berjumpa dengan pengundi di sana. Penduduk mengalu-alukan kesudian Dr.Nasir menawarkan diri bertanding di Dun Kota Damansara. Dr. Nasir berjanji akan membawa aspirasi rakyat dalam DUN Selangor jika terpilih pada 8 Mac 08 nanti.

Sebelah malam pula, sekali lagi pengundi-pengundi Kampung Baru Sungai Buloh berjumpa dengan Dr.Nasir di sana. Satu ceramah umum diadakan di car-park sebelah pasar besar pada pukul 8.45mlm. Lebih kurang 150 penduduk telah hadir untuk mengetahui dengan lebih mendalam polisi-polisi dan perjuangan yang dibawa oleh PSM khasnya Dr.Nasir.

Sebaik sahaja pentas bergerak PSM – lori sampai disana, para penduduk sudah mula berkumpul walaupun kita masih tengah sibuk menyediakan lampu dan PA sistem. Nampaknya penduduk Sungai Buloh sudah tidak sabar lagi untuk membawa perubahan kepada negara kita.

Penceramah malam ini terdiri daripada Wee Chee Keong-calon Parlimen Wangsa Maju,dan Pengerusi Parti MDP, Sivarasa Rasiah-Calon Parlimen Subang, V.Selvam-Ahli Jawatan Kuasa Pusat PSM dan Dr.Nasir sendiri. Isu-isu hangat yang diutarakan termasuk kenaikan harga barang, keamanan sosial yang semakin buruk, politik perkauman BN dan gejala rasuah BN.

Malangnya hujan lebat turun semasa suasana tengah hangat. Walau bagaimanapun, dengan semangat perjuangan yang tinggi, penceramah ketiga kita, V.Selvam dan keempat Dr.Nasir sendiri terus berkongsi pendapat dengan penduduk-penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dalam iringan muzik air hujan. Yang paling menarik, penduduk juga masing-masing masuk ke dalam kereta, bukan untuk balik ke rumah, tetapi hanya untuk melindung daripada terkena hujan. Penduduk-penduduk tetap bersama Dr.Nasir sehingga ke penghujung ceramah.

Pertemuan calon DUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim dengan pengundi-pengundi Kampung Baru Sungai Buloh berkesudahan dengan semangat perubahan yang tinggi walaupun hujan lebat turun separuh jalan. Akbar sosialis dan manifesto pilihanraya PSM turut diedarkan kepada hampir setiap orang yang hadir pada malam ini.

Sejurus selepas ceramah di Kg.Baru Sg.Buloh, Dr.Nasir telah menghadiri satu lagi ceramah di Seksyen 11,Pangsapuri Dedap. Walaupun, jam telah tengah malam, Dr. Nasir masih bertekad untuk berjumpa dengan warga Kota Damansara. Beliau telah hadir ke Pasar Tani, Kota Damansara Uptown. Dijangkakan seramai 4000 warga Kota Damansara mengunjungi Pasar tersebut setiap hari Sabtu. Sambil memperkenalkan Dr.Nasir kepada para pengunjung, manifesto dan Biodata Dr.Nasir telah diedarkan.

Satu perubahan nampaknya telah berlaku dengan diam-diam di kalangan rakyat di Sungai Buloh. Percayalah, masa depan kita adalah cerah, dengan adanya perpaduan kukuh dikalangan pekerja, petani, nelayan, penjaja, peniaga dan cendekiawan.

Calon sosialis, wakil rakyat sepenuh masa
untuk rakyat, bukan untuk koporat

Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia
DUN Kota Damansara



    Follow PSM on Twitter

     

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031