KENYATAAN AKHBAR PARTI SOSIALIS MALAYSIA – 24 NOVEMBER 2007
AWAS! HANYA PERKAUMAN BOLEH SELAMATKAN BN SEKARANG !
Perkembangan politik tanah air hari ini mengambarkan kita berada dalam satu keadaan dan suasana politik yang amat menarik dan unik. Buat pertama kalinya untuk sekian lama, kesemua kaum utama di Semenanjung Malaysia memaparkan sentimen anti kerajaan. Perhimpunan raksasa BERSIH pada 10 November 2007 dan kebelakangan ini sokongan luarbiasa yang diberikan oleh Kaum India kepada Hindraf mengambarkan ketidakpuasan rakyat terhadap pemerintaahn kerajaan hari ini. Kaum Cina pula telah menunjukkan bantahan mereka yang konsisten berdasarkan pilihanraya kecil Machap dan Ijok.
Justeru itu nampaknya sentimen keseluruhan rakyat Malaysia pada ketika ini adalah anti Kerajaan. Ini merupakan satu protes terhadap kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang gagal mengurangkan beban rakyat yang menderita kesan daripada kenaikan harga barangan asas dan polisi-polisi neo-liberal yang diperkenalkannya. Ini ditambah pula dengan kepimpinan yang lemah dalam memerangi rasuah yang telah meresap ke setiap sudut pentadbiran negara termasuk Instutusi kehakiman dan. Suruhanjaya Pilihanraya.
Dalam keadaan sebegini, bagaimanakah BN dapat menyelamatkan dirinya atau menang dalam pilihanraya yang akan datang? Sejarah mengajar kita bahawa setiap kali Barisan Nasional berada dalam krisis, maka sentimen perkauman akan ditiupkan dan api perkauman dibenarkan merebak. Ini akan mengujudkan suasana untuk Pemerintah mengunakan Undang-undang darurat dan ISA untuk menghapuskan musuh dan pada masa yang sama mengujudkan suasana tegang antara kaum dan memecah-belahkan perpaduan kaum. Hari ini kita sedar bahawa Peristiwa 13 Mei bukanlah satu peristiwa sepontan tetapi satu ‘rancangan’ yang digunakan untuk menghancurkan Parti pembangkang yang buat kali pertama mengugat kuasa Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1969.
Hari ini, kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh polis dan hujahan pemimpin pemimpin parti BN menghujah tentang Perhimpunan Hindraf memberi satu isyarat bahawa BN akan menggunakan senjata yang paling berkesannya iaitu – perkauman untuk memberhentikan perhimpunan tersebut dan sekaligus menimbulkan suasana konflik perkauman yang memuncak.
Hanya dengan polisi pecah dan perintah, warisan Penjajah ini sahaja, Barisan Nasional akan dapat menyelamatkan diri mereka dan mereka tidak akan sekali terasa segan untuk menggunakan senjata paliang berkesan mereka.
Parti Sosialis Malaysia ingin menegaskan bahawa hanya melalui satu gerakan yang diwakili oleh pelbagai kaum dan agama yang berdasarkan satu manifesto yang melandaskan kesaksamaan, agihan kekayaan dan keadilan sejati sahaja, kemakmurkan dapat dikecapi oleh setiap rakyat Malaysia. Terutamanya golongan majoriti rakyat kaum pekerja dan bawahan.
PSM juga menyarankan bahawa untuk mengatasi ancaman perkauman BN, semua program rakyat dan parti pembangkang harus bersatu dan segala mobilisasi rakyat mesti melibatkan semua lapisan kaum dan agama dan membuat tuntututan-tunututan yang dapat membawa faedah kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Jangan kita terperangkap dalam permainan perkauman BN dan memberikan kesempatan untuk parti pemerintah untuk sekali lagi mengekspoitasi sentimen perkauman. Sudah tiba masanya kita bersatu dibawah satu gerakan rakyat yang meletakan prinsip kesamarataan dan keadilan tulin diatas lain-lain perkara.
Jom kita memobilisasi rakyat bukan berdasarkan kaum dan agama tetapi berdasarkan prinsip kesaksamaan dan keadilan tulin.
Dikeluarkan Oleh
S.Arutchelvan
Setiausaha Agung
Parti Sosialis Malaysia
0 Responses to “Awas! Hanya Perkauman Boleh Selamatkan BN Sekarang!”
Leave a Reply