14
Nov
07

Forum: Pramoedya – sejarah, novel dan politik pembebasan

Pramoedya Ananta Toer (1925-2006), merupakan sasterawan Indonesia yang terkenal di mata dunia. Beliau telah menghasilkan lebih 50 karya dan diterjemahkan dalam 41 bahasa asing. Beliau merupakan tokoh penulisan yang berhaluan kiri, karyanya menyampaikan pemikiran progresif yang menentang penjajahan dan pemerintahan zalim. Karyanya yang mendapat sambutan hebat termasuklah Bumi Manusia dan Anak Semua Bangsa, yang ditulisnya semasa dalam penahanan di Pulau Buru.

Pramoedya pernah ditahan selama 3 tahun pada zaman penjajah, 1 tahun semasa pemerintahan “Orde Lama” Sukarno dan 14 tahun semasa pemerintahan “Orde Baru” Suharto. Beliau ditahan selama 18 tahun secara total. Beliau ditahan pada masa Orde Baru bersama ribuan orang atas tuduhan memihak kepada Partai Komunis Indonesia (PKI).

“Had Pramoedya Ananta Toer been a Soviet dissident he would have received the Nobel Prize, but his status as a literary master is secure and, unlike some Latin American contemporaries, he remained unapologetic throughout his life.”
- Tariq Ali

Datanglah mendengar lebih mendalam mengenai tokoh sastera kiri yang terkemuka di rantau Asia Tenggara ini.

Tarikh: 24 November 2007 (Sabtu)
Masa: 8pm
Tempat: Dewan Perhimpunan Cina Selangor, 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Moderator: Fathi Aris Omar (Aktivis Media)
Kemasukan: Percuma

Ahli Panel

  • Max Lane – Penulis & Pengkaji Sejarah dalam tangan Pramoedya – ‘revolusi belum selesai’ (Max Lane merupakan seorang penulis, penyelidik dan penterjemah yang berasal dari Australia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 36 tahun bekerja di Indonesia, Singapura dan Filipina. Hasil kerja beliau terbaru adalah penterjemahan karya Pramoedya, Arok Dedes, ke dalam bahasa Inggeris, Arok of Java. Beliau juga banyak menulis tentang pergerakan masyarakat di Indonesia, termasuklah buku terbaru beliau, Bangsa Yang Belum Selesai,: Indonesia sebelum dan sesusah Suharto.)
  • Sumit Mandal – Penyelidik, IKMAS, UKM, Politik anti-perkauman Pramoedya

Anjuran: Parti Sosialis Malaysia (PSM) & Community Development Centre (CDC)

Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat PSM 03-22747791 atau Chon Kai 019-5669518


0 Responses to “Forum: Pramoedya – sejarah, novel dan politik pembebasan”


  1. No Comments

Leave a Reply



    Follow PSM on Twitter

     

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031