Parlimen, 8 Dec 2009
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya membawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) untuk memotong gaji Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM 10 kerana kegagalan menangani masalah yang dihadaopi oleh penghuni-penghuni rumah-rumah pangsa kos rendah.
Tujuan saya membawa usul ini adalah untuk mebawa perasaan kecewa dan marah beribu-ribu keluarga berpendapatan rendah yang terperangkap di rumah-rumah pangsa yang tidak bersih, yang gelap pada waktu malam, dan yang berbahaya pada mereka. Mereka telah membawa isu ini ke perhatian Kementerian beberapa kali tetapi dalam lima tahun yang lalu tidak ada tindakan yang tegas ataupun berkesan.
Izinkan saya mencertitakan pengalaman Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Pertama di Ipoh untuk menjelaskan kepada Dewan ini berkenaan masalah ini. Rumah pangsa ini di bina pada tahun 1988. Pada tahun 2000 satu jawatankuasa pengurusan telah ditubuhkan dengan bantuan ADUN di situ dan juga Kinta Properties, tetapi badan pengurusan yang telah ditubuhkan tidak dapat mengutip yuran pengurusan daripada penghuni. Jadi, dalam empat, lima bulan teoah bankrupt.
Sejak masa itu sampai sekarang tidak ada pengurusan yang berkesan di rumah pangsa itu. Pada 2002 penduduk di situ menubuhkan satu perbadanan pengurusan dan telah memohon pada Lembaga Air Perak ataupun LAP, supaya menukar bil air daripada bil persendirian kepada bil air pukal supaya bil air pada penghuni dapat disatukan dengan yuran pengurusan.
LAP bersetuju tetapi dia kata minta dapat surat sokongan daripada kerajaan negeri. Malangnya Kerajaan Negeri Perak enggan keluarkan surat sokongan seperti ini walaupun dikunjungi oleh penduduk berulang kali. Oleh itu, pada Ogos 2006, penghunidatang ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menyerahkan suatu Memorandum kepada Yang Berhormat Dato Seri Ong Ka Ting untuk memakai Seksyen 51 di dalam Akta Strata yang mengatakan “The State Authority may, on complaints of the proprietor that the management corporation is not functioning satisfactorily, appoint a body or person to exercise the powers and discharge the duties of the management corporation.”
Ekoran mesyuarat ini, KPKT telah meminta pihak PTG di Perak untuk menguruskan hal ini, tetapi lepas tiga bulan PTG telah memberitahu penduduk bahawa mereka tidak dapat mencari sesiapa syarikat yang rela mengambil alih kerja pengurusan. Ini kerana dalam Seksyen 52 ini dikatakan dengan ixin “that expenses incurred by the person or the body appointed, shall be charged to the management fund of the management corporation.”
Isunya, Tuan Pengerusi ia-lah penduduk tidak dapat kutip duit. Jika dapat mengutip, memang boleh uruskan. Tetapi kemuskilan dalam mengutip yuran harus ditangani, diatasi. Lepas itu, PTG menasihatkan penghuni menubuhkan balik Badan Pengurusan dan janji dating ke Mesyuarat Agung. Tetapi sebelum itu, suatu Undang baru digubbal ia-itu Akta Bangunan dan Harta Bersama yang wujudkan jawatan PesuruhjayaBangunan ataupun Commisioner of Buildings (COB). COB ini boleh melntik agen pengurusan tetapi kelemahan yang sama bertimbul di sini juga. Bagaimana mengutipkan duit? Di katakana di seksyen 32(2) dalam Akta Bangunan dan Harta “Jika selepas tanat tempoh tersebut jumlah wang yang kena dibayar masih belum dibayar, orang itu boleh dihadapkan di mana-mana mahkamah”. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, ini tidak masuk akal.
Untuk kegagalan membayar yuran sebanyak RM 20, kami diberi ruang memasang peguam untuk menghadapkan penghuni ke Makamah. Ini memerlukan yuran peguam beberapa ratus ringgit? Jadi masalah pokok belum diatasi, walaupun sekarang ada Akta yang baru. Jadi saya tidak pasti Menteri memahami masalah pokok. Masalah pokok adalah kesukaran dalam mengutip yuran pengurusan di rumah-rumah pangsa kos rendah. Dan ini belum diatasi melalui Akta Bangunan dan Harta Bersama.
Dalam 10 tahun tang lalu, rumah pangsa kos rendah di Tmana Pertama bertambah buruk. Tiada lampu di stairwellnya, diverandah juga. Ia telah menjadi pusat pengedaran dadah. Setiap malam penagih dadah dating ke situ untuk membeli dadah. Untuk penghuni di rumah pangsa ini, keadaannay semakin berbahaya. Lebih kurang setengah daripada 280 unit sekarang kosong kerana telah keluar. Yang tidak mampu, terpaksa duduk di situ walaupun kotor dan merbahaya.
Mereka ini ramai yang berpendapatan rendah. Mereka membeli unit di rumah pangsa kerana lebih murah daripada rumah terrace dan oleh kerana rumah pangsa disyorkan oleh kerajaan sebagai penyelesaian untuk masalah perumahan golongan berpendapatan rendah. Mereka telah melabur simpanan wang yang mereka punyai untuk membeli unit di rumah pangsa ini. Sekarang mereka terperangkap. Tidak boleh memulih keadaan kerana tidak dapat mengutip yuran; tidak dapat jual unit kerana geran tersangkut kerana cukai tanah tidak dibayar selama 10 tahun; terpaksa duduk di keadaan yang kotor dan bahaya.
Dato Pengerusi, penyelesaian masalah ini mesti ada empat aspek. Yang pertama, majlis tempatan harus dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah-rumah pangsa kos rendah di kawasan mereka. Pengutipan yuran pengurusan harus diambilalih oleh majlis tempatan.
Yang kedua, kadar kutipan wang harus dikajibalik dan dirombak. Sekarang penghuni rumah pangsa Tmn Pertama sedang membayar bil taksiran sebanyak RM 100 sebulan dan juga dipohon membayar yuran pengurusan sebanyak RM 20 se bulan. Jumlah bayaran mereka adalah lebih daripada bil taksiran yang di bayar oleh penduduk di TYmn Lim yang menduduki rumah berkembar yang jauh lebih besar daripada unit-unit rumah pangsa.
Ketiga, satu dana yang mencukupi harus diperuntukkan kepada majli-majlis tempatan untuk baik[piluh rumah-rumah pangsa seperti di Tmn Pertama Ipoh yang dalam keadaan teruk sekarang – bumbung bocor, paip air bocor, paip IWK tersumbat, sistem wiring di stairwell dan verandah habis dicuri oleh penagih dadah. Tunggakan cukai tanah telah melebehi RM 60,000 dan tunggakan bil air telah sampai RM 20,000. Rumah pangsa Tmn Pertama memerlukan suatu suntikan dana untuk dibaikpulih.
Penduduk rumah-rumah pangsa kos rendah menghadapi pelbagai masalah yang serius. Dan pihak kementerian telahpun diberitahu beberapa kali. Malangnya masalah-masalah ini belum ditangani oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan selama ini. Masalah ini bukan hanya di Tmn Pertama Ipoh, tetapi berlaku di ramai lagi rumah-rumah pangsa di seluruh Negara di mana keluarga-keluarga berpendapatan rendah terperangkap dan sengsara. Inilah sebabnya saya telah mengusulkan gaji Mneteri di potong RM 10.
Terima kasih Tuan Pengerusi
Jeyakumar Devaraj
MP Sungai Siput (PSM)