17
Dec
09

Perbahasan di Parlimen mengenai Kementerian Dalam Negara

Parlimen, 14 Dec 2009

Terima kasih Dato Pengerusi memberi saya peluang berbahas Anggaran Belanjawan Kementerian Dalam Negara. Saya ringkas sahja, Dato Pengerusi – hanya dua poin sahja.

Satu adalah B62 butiran 060000, Immigresen di mana saya ingin kemukakan masalah orang pelarian ataupun refugee. Malsalahnya adalah di Malaysia masih tiada penaksiran berasingan untuk orang pelarian. Mereka digolongkan dengan semua pendatang tanpa izin termasuk pekerja asing yang tiada dokumen.

Tetapi, orang pelarian merupakan suatu kumpulan khas. Mereka terpaksa lari daripada anegara mereka kerana peperangan dan mereka takut mereka akan dibunuh. Tiada masa untuk memohon paspot ataupun mendapatkan visa. Dia terpaksa lari.

Jadi saya berharap kelemahan dalam undang-undang kita dapat diperbaiki. Suatu kategori baru harus diwujudkan untuk orang pelarian supaya mereka dapat perlindungan undang-undang. Selain daripada itu, kelonggaran harus diberi pada orang pelarian untuk berkerja. Pada masa ini orang pelarian yang dapat pengesahan UNHCR juga tidak dapat kerja mengikut undang-undang. Jadi bagaimana mereka boleh menampung keperluan harian mereka dan keluarga mereka?

Kerajaan harus lihat pada perspektifnya. Hanya ada 60,000 orang pelarian di Malaysia pada masa ini manakala adanya lebih daripada 3 juta pekerja asing. Jadi nisbah orang pelarian adalah begitu kecil. Apa salahnya membenarkan mereka berkerja dan kurangkan pengambilan pekerja asing baru sedikit?

Saya harap Kementerian dapat mengkaji syor-syor ini dan menggubal undang-undang supaya kita dapat menangani orang pelarian secara yang lebih perihatin.

Isu kedua yang saya ingin membentang adalah di bawah B62: 020000, Polis Diraja Malaysia. Ia-itu kes pemangsaan Cik Cheng Lee Whee di Johor Baru. Cik Cheng telah ditangkap pada 17hb Oktober 2008 kerana suatu Laporan Polis yang dilakukannya. Beliau sekarang didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan Jenayah.

Tuan Pengerusi, latar belakang kes ini adalah perobohan rumah-rumah peneroka bandar di Kg Plenthong Tengah di Johor Baru pada 16hb Okotber 2008. 553 anggota polis telah bersama Pemaju Bukit Lenang Development Bhd untuk merobohkan rumah-rumah orang kampung dan 30 orang telah ditahan polis dalam usaha ini.

Kita mesti ambil kira 4 perkara:

  1. Satu, peneroka bandar telah menduduki tanah itu selama 25 tahun dan mereka telah memohon gerasn tanah lama sebelum geran diberi pada seorang pemaju.
  2. Dua, pemaju telah mengutip RM 3000 daripada tiap keluarga peneroka, dengan janji mereka akan diberi geran tanah mereka.
  3. Tiga, janji mereka akan diberi perumahan gantian belum ditunaikan pada takat rumah-rumah dirobohgkan.
  4. Empat, penduduk Kg Plenthong Tengah telah dapat tarikh untuk memohon perintah “stay order”. Tarikh yang ditetapkan pada 29/10/08 tetapi perobohan dilakukan pada 16/10/09.

Dalam konteks ini, laporan Cik Cheng yang berbunyi “ Pihak Polis dari balai polis Johor Jaya telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menggunakan kereta FRU, water cannon dan menjalankan pengusiran secara paksa terhadap penduduk Kg Plenthong Tengah. ……… Tugas polis sepatutnya adalah untuk menjaga keselamatan orang ramai dan bukan berpakat dan berkhidmat kepada pemaju. Ini adalah suatusuatu penyalahgunaan kuasa dan membazirkan wang pembayar cukai.”

Pada saya Tuan Pengerusi apa yang dilaporkan oleh Cik Cheng boleh ditaksirkan sebagai “fair comment” Tetapi beliau di tangkap di bawah ISA, dan polis telah cuba dapat reman selama 4 hari. Komputer beliau telah dirampas dan masih disimpan oleh polis sebagai bahan kes dan beliau akan dibicara pada 16hb Disember 2009.

Saya harap Menteri dapat memakai kuasa discretion beliau untuk mengugurkan kes terhadap Cik Cheng. Memandangkan beliau, seorang pemuda Cina bersimpati apabila rumah-rumah Melayu miskin diroboh adalah suatu perkara yang harus dipuji. Beliau harus dianugerahkan suatu pingkat dan bukan dianiayi seperti ini.

Terima kasih Dato Pengerusi.

Jeyakumar Devaraj
MP Sungai Siput (PSM)


    Follow PSM on Twitter

     

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031