17
Dec
09

Perbahasan di Parlimen mengenai Kem Sumber Manusia

Parlimen, 9 Dec 2009

Terima kasih Tuan Pengerusi. Empat poin sahaja saya akan berbahas. Yang pertama adalah Butiran 010500 – Dasar Sumber Manusia. Satu ancaman yang dihadapi oleh pekerja Malaysia ia-lah taktik menkontrakkan kerja ataupun “contractualisationof labour”. Satu contoh yang konkrit adalah kes kilang simen APMC di Sg Siput di mana pada tahun 1995 bahagian “housekeeping” diberi secara kontrak. Sebelum tarikh itu pekerja di bahagian ini adalah pekerja checkroll dan mereka dapat gaji basic sebanyak RM 30 sehari dan mereka semua ahli kesatuan. Akan tetapi bila bahagian mereka dikontrakkan mereka dengan serta merta hilang keahlian kesatuan mereka.

Selepas beberapa tahun, oleh kerana persaingan antara kontraktor untuk mendapatkan kontrak, sebutharga kontrak telah menurun. Tiap kali pekerja diberi pilihan – setuju pada gaji yang lebih rendah jika anda mahu terus kerja. Jika saya hilang kontrak, anda semua tidak ada kerja. Jadi sampai sekarang selepas 15 btahun selepas dikontrakkan, gaji basic pekerja housekeeping telah menurun ke RM 20 se hari. Inilah kesannya “contractualisation” terhadap pekerja kita.

Jadi pada saya, saya rasa kaedah kontrak ini nharus disekat, hanya untuk kerja sementara sahja, untuk kerja yang “seasonal”. Untuk kerja berterusan, mereka mesti dimasukkan dalam check-roll. Kita mesti ada undang-undang untuk menghalang majikan daripada memakai kaedah kontrak untuk mengurangkan gaji. Saya harap Kementerian Sumber Manusia akan mengkaji secara mendalam perkara ini kerana ia berlaku di banyak kilang dan yang mengancamkan kebajikan beribu-ribu pekerja kita.

Isu kedua adalah di bawah butiran 030000 ia-itu Keharmonian Perhubungan Perusahan. Saya ingin bgertanya Menteri satiu soalan pokok – apakah pendirian Kementerian Sumber Manusia terhadap gerakan kesatuan pekerja? Adakah kerajaan teriam bahawa gerakan kesatuan mempunyai suatu peranan yang penting dalam menjagakepentingan pekerja , untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja? Jika jawapannya adalah “ya”, mengapakah wujudkan pelbagai sekatan untuk melemahkan gerakan pekerja?

Umpamanya Seksyen 26(10(a) – Akta Kesatuan Pekerja yang menyatakan bahawa seorang yang dibuang kerja dengan serta-merta hilang keahlian beliau dalam kesatuan.Beliau tidak boleh terus berkhidmat sebagai pemimpin kesatuanwalaupun beliau adalah pengerusi kesatuan pada takat itu, dan kes pembuangan kerja beliau telah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan. Beliau juga tidak boleh dibela aoleh kesatuannya dalam kes perusahaan. Jadi, seksyen seperti 26(1) dalam Askta Kesatuan Pekerja menghalang kesatuan, melemahkan kesatuan. Jika kerajaan betul-betul percaya kesatuan mempunyai peranan yang pentingb untuk menjaga kebajikan pekerja, undang-undang seperti 26(1) ini harus diubahsuai.

Poin ke tiga adalah Akta Gaji Minima. Nampaknya kerajaan enggan . Dikatakan oleh wakil kerajaan bahawa jika gaji minima dilaksanakan beberapa sektor ekonomi tiidak dapat bersaing dengan pengkilang luar negara.Saya ingin suatu cadangan yang konkrit.Laksanakan gaji minima ini secara berperengkat. Tahun depan bawah paras minima ke RM 500 sebulan. Pada tahun 2011 RM 600. Tahun kemudian ke RM 700 dan seterusnya hingga sampai ke tahap RM 1000 se bulan untuk gaji basic. Peringkat-demi peringkat untukemberi masa untuk tiap sektor menyediakan dirinya. Saya juga ingin cadangkan, kita boleh memberi potongan cukai pada kepada syarikat-syarikat yang berjaya mematuhi gaji minima ini.

Satu Akta Gaji Minima akan memberi beberapa kelebihan pada kita. Pasaran dalaman negara akan berkembang.Pengkilang tempatan dan perniaga kecil akan mendapat suatu pasaran yang lebih besar. Ini akan mengacu perkembangan ekonomi Malaysia.

Yang kedua, simpoanan KWSP pekerja kita akan bertambah. Pada masa ini, simpanan KWSP seseorang pekerja semua habis 3 atau 4 tahun selepas berhenti kerja. Jika haji lebih munasabah, simpanan KWSP akan tahan lebih lama untuk pekerja kita.

Dan ketiga, kenaikan gaji akan mendorong majikan untuk meningkatkan kemahiran dan kapasiti pekerja. Ini akan membantu kita dalam membawa negara kita ike arah sebuah negara berpendapatan tinggi. Jadi, ada beberapa kelebihannya menggubal Akta Gaji Minima, dan saya berharap Kementerian Sumber Manusia dapat ambil langkah yang berani untuk mewujudkan satu Akta yang baik.

Isu terakhir saya ingin mengemukakan adalah masalah pekerja asing. Izinkan saya ceritakan kes Shanmugam, seorang pekerja asing daripada India. Beliau tidak dibayar gaji oleh majiukna selama satu tahun. Apabila beliau ke Pejabat Buruh untuk mengadu, majikan memotong permit beliau. Kita terpaksa membawa Shanmugam ke pihak Immigresen untuk mendapatkan Pas Khas supaya beliau dapat meneruskan kes di Mahkamah Buruh terhadap majikan beliau. Masalahnya adalah beliau tidak diizin berkerja dengan pas khas ini. Bila beliau memohon permit gantian supaya beliau dapat kerja dan menanggung perbelanjaan beliau sehingga kesnya diputus, pihak Immigresen begitu enggan.

Ertinya, Dato Pengerusi, langsung tiada keadilan untuk pekerja asing. Jika mereka mengambil kes terhadap masjikan mereka tidak dapat jaga diri mereka sendiri kerana tidak dibenarkan kerja dengan majikan lain. Saya ingin mencadangkan pekerja asing dibenarkan memohon untuk permit sementara supaya dapat berkerja dengan majikan yang lain sambil menunggu penyelesaian kes buruh mereka.

Terima kasih Tuan Pengerusi

Jeyakumar Devaraj
MP Sungai Siput (PSM)


    Follow PSM on Twitter

     

    March 2010
    M T W T F S S
    « Feb    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031