Semenyih gaining momentum

Khamis: Gaining Momentum

clip_image004.jpg

Hari ini saudara Arul telah turun berkempen di kawasan pekan Semenyih, Kampung Baru,kawasan Sg Jeluk dan Pasar Malam Taman Jasmin serta ceramah di Taman Kesuma Fasa 7. Respon dari masyarakat di kawasan ini sungguh bagus. Boleh dirasakan bahawa rakyat Semenyih mendahagakan perubahan dan ingin menjadikan calon berjiwa rakyat ini ADUN mereka. Di Kampung Baru, penduduk disana meminta jentera pilihanraya untuk lebihkan poster. Beliau mendapat sambutan hangat sekali dari para pekedai.

clip_image006.jpg
clip_image008.jpg

Di kawasan Sg Jeluk pula , penduduk di sana telah mengiringi calon dari rumah ke rumah dan banyak orang telah menyatakan sokongan mereka kepada Arul. Di Pasar Malam Taman Jasmin pun ramai yang telah datang untuk menjumpai beliau. Malah ramai yang tertarik dengan perwatakan beliau yang simple.Kempen hari ini telah menampakkan ramai yang bosan dengan pemerintahan Barisan NAsional dan ingin melihat perubahan.

clip_image010.jpg
clip_image011.jpg